
Jom buat Kek Gula Hangus Rice Cooker! Suka makan Kek Gula Hangus tapi dekat rumah tak ada ketuhar? Jangan susah hati sebab anda masih boleh masak kek ini hanya menggunakan periuk nasi elektrik. Lebih mudah dan sangat praktikal! Malah kek yang dimasak memang menjadi, gebu dan kelihatan sempurna walaupun tanpa oven. Tak sabar nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudara Aziz Rais ni yang semakin popular.
Bagi yang memang kerap memasak di rumah, penggunaan periuk nasi bukan lagi perkara asing. Selain nasi, pelbagai jenis kek dan pencuci mulut boleh dihasilkan, termasuklah kek gula hangus rice cooker yang terkenal dengan tekstur lembut dan rasa karamel yang padu.
Empunya resipi mencadangkan supaya air gula hangus dituangkan ketika masih suam. Pada suhu ini, baking soda akan bertindak balas dengan lebih cepat dan tidak perlu peram adunan. Ini menjadikan proses memasak kek gula hangus rice cooker lebih cepat dan hasilnya lebih konsisten.
Selain itu, pastikan periuk nasi yang digunakan bersih dan tidak berbau nasi kerana ini boleh mempengaruhi aroma kek. Kek ini sangat sesuai dihidangkan sebagai minum petang atau pencuci mulut selepas makan malam bersama keluarga.
Dengan resipi mudah ini, sesiapa sahaja boleh mencuba membuat kek gula hangus rice cooker walaupun tanpa pengalaman membakar kek sebelum ini. Rasanya yang manis berkaramel dan teksturnya yang lembut memang buat ramai ketagih.
Kredit resipi & foto: Azizi Rais
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: