Kek Gula Hangus, Elok Berongga Sarangnya

Share

Kek gula hangus elok berongga sarangnya. Memang kek gula hangus atau kek sarang semut ini tak susah sangat nak membuatnya. Kek yang ‘menjadi’ bila sarangnya terbentuk elok.  

Tapi kena hati-hati. Kalau tak kena resipi dan cara, memang tak menjadi. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Tengku RosElyza Raja Muhammad ini ye.

KEK GULA HANGUS

Bahan-bahan:

1cawan gula pasir – boleh beli online di sini

125 gram butter/marjerin  – boleh beli online di sini

1cawan air panas

4 biji telur

1cawan tepung gandum – boleh beli online di sini

1/2 cawan susu pekat manis – boleh beli online di sini

1sudu besar soda bikarbonat (wajib) – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

1- Panas gula api sederhana sehingga hangus (tapi bukan hangit ya).

2 – Bila nampak keperangan, tuangkan air panas tadi sikit demi sikit sampai habis. Kemudian perlahankan api sampai gula hangus tadi dan air sebati. Kemudian masukkan mentega. Kacau rata dan biarkan seketika.

3- Masukkan empat biji telur ke a mangkuk. Kacau sebati dengan susu pekat.

(kacau utk sebatikan saja ye).

4- Masukkan tepung dan baking soda kemudian kacau sebati.

5- Setelah itu, tuangkan air gula hangus td ( ketika masih suam-suam) ke dalam adunan sambil kacau sehingga habis.

6- Griskan loyang (lapik dengan baking paper). Bakar dalam suhu 185°C selama  40 minit menggunakan api atas bawah. Loyang letak paling bawah sekali.

7. Siap

TIP: Tuangkan air gula ketika masih suam-suam sebab dengan suhu macam tu, baking soda akan cepat bertindak dan tak perlu nak biarkan atau perap. Selamat mencuba!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN