Untitled design - 2021-07-12T104218.941

Sewaktu pandemik ini ramai yang terkesan malah ada yang hilang punca pendapatan. Mungkin yang sebelum ini tidak pernah berniaga mula berjinak dengan perniagaan online.

Buat suri rumah, Nor Fazliah Bt. Mohammed Sahar dari Sabak Bernam kini selesa dengan perniagaan yang dijalankan secara online iaitu Kek Durian Viral yang semakin mendapat tempat di hati penggemar durian.

“Bermula pada Ogos 2019 musim durian pada waktu itu kami beli durian agak banyak. Jadi saya cuba untuk buat kek berperisa durian. Kami bermula secara homemade. Modal permulaan RM100. Bermula PKP pertama Kek Durian Original mula mendapat tempat di hati peminat durian.

Jualan dari empat biji kek sehari meningkat kepada 100 biji sehari. Pada waktu itu saya dan suami sahaja yang buat. Alhamdulillah, sekarang daripada jualan 100 biji sebulan sudah meningkat kepada 10,000 biji kek sebulan. Sekarang saya dibantu oleh seramai 26 orang orang staf,”jelas Nor.

Kek Durian Viral  Lembut, Gebu, Kurang Manis & Rasa Asli Durian D24 Memang Tak Rugi Cuba
Menurut Nor, mereka sekeluarga adalah peminat buah durian. KDV adalah resipi asli darinya sendiri mengikut citarasa dia dan suami. KDV adalah kek durian viral yang lembut, gebu, kurang manis dan mempunyai rasa asli durian D24.

Kek Durian Viral  Lembut, Gebu, Kurang Manis & Rasa Asli Durian D24 Memang Tak Rugi Cuba
Di bawah produk KDV terdapat empat jenis pilihan iaitu Kek Durian Original, Kek Durian Extra, Kek Durian Premium dan Kek Durian On The Go.

IKLAN

Kek Durian Viral  Lembut, Gebu, Kurang Manis & Rasa Asli Durian D24 Memang Tak Rugi Cuba

Kek Durian Viral  Lembut, Gebu, Kurang Manis & Rasa Asli Durian D24 Memang Tak Rugi Cuba

Nor mengakui pada mulanya dia tiada asas perniagaan yang betul dan lebih kepada cuba-cuba. Namun mereka sentiasa menambah ilmu perniagaan apabila sudah menceburi bidang perniagaan ini sepenuh masa.

Kek Durian Viral  Lembut, Gebu, Kurang Manis & Rasa Asli Durian D24 Memang Tak Rugi Cuba

IKLAN

“Kami juga mempunyai guru yang membimbing kami supaya lebih jelas tentang matlamat kami dan dapat memberi manfaat pada insan yang lain juga.Alhamdulillah, kami capai ke tahap ini dengan sokongan kuat keluarga, guru, staf, stokis dan ejen KDV yang telah banyak membantu KDV dikenali.

Buat yang berminat dengan produk KDV, tempahan boleh dibuat melalui whatsapp, fb page Kek Durian Viral dan Instagram kekduriandurianviralhq. Produk KDV juga boleh didapati dari ejen-ejen di seluruh negeri kecuali Sabah dan Sarawak . Mereka akan buat penghantaran terus ke rumah pelanggan. InsyaAllah.

Kek Durian Viral  Lembut, Gebu, Kurang Manis & Rasa Asli Durian D24 Memang Tak Rugi Cuba

IKLAN

“Nasihat saya, jangan pernah berhenti untuk mencuba. Yang paling penting, onlinekan bisnes anda kerana kita berada di dalam keadaan yang sukar di waktu pandemik Covid-19. “Cuba sesuatu yang anda tidak pernah buat, anda pasti akan dapat apa yang anda tidak pernah dapat, InsyaAllah,”ujarnya.

Topping Penuh Bahagian Atas, Lengkap Rasa Masam Manis Fruit Pastry Cake

Nikmatnya Dapat Makan Bolu Coklat Lapis Cheese Kukus Ni

Kurma Banyak Lagi Di Rumah? Boleh Buat Kek Kurma, Barulah Tak Membazir 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI