Kek Coklat Moist Rasa Premium. Cara Paling Mudah Membuatnya

Share

Kek coklat moist dengan rasa premium. Hitam bukan sebarang hitam ye. Rupa tak seberapa tapi penuh rasa premium. Nak membuatnya pun mudah.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Fatimah Saari

ini ye. (kredit: Rosmah Rosmin, MAHN)

Kek Coklat Moist Rasa Premium

Bahan A:

3 biji telur

1 cawan gula – boleh beli online di sini

Secawan susu cair – boleh beli online di sini

1 cawan minyak masak – boleh beli online di sini

Setengah cawan susu pekat – boleh beli online di sini

Satu cawan awan serbuk koko extra dark

1 sudu kecil esen vanilla – boleh beli online di sini

  • Kisar semua bahan A di atas hingga sebati dalam 3-4 minit.

Bahan B:

1 1/4 cawan tepung gandum –   boleh beli online di sini

Sesudu kecil baking powder – boleh beli online di sini

1 sudu kecil bikarbonat soda

  • Ayak semua bahan B di atas.

Bahan Topping:

Milk coklat beryls @ coklat masakan – boleh beli online di sini

Sedikit susu cair – boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Masukkan bahan A yang dikisar tadi ke dalam bahan B sambil dikacau perlahan hingga sebati. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan marjerin.

Kukus selama 50 min-1 jam @ hingga masak. Guna api sederhana sahaja.Setelah masak, keluarkan dan sejukkan.

Untuk membuat topping: Cairkan bahan topping di atas dengan menggunakan kaedah double boil.

Setelah kek sejuk boleh lah dicurahkan ats kek dan hias ikut cita rasa. Siap. Resipi untuk topping ada macam-macam, terpulang pada pilihan sendirilah ye.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN