Kek Coklat Kurma Moist, Resipi Mudah Guna Lebihan Kurma Bulan Puasa

Share

Kek coklat kurma moist ini boleh buat kalau masih banyak lebihan kurma bulan puasa lalu. Dari disimpan sampai kering, apa kata cuba buat kek ini.

Resipinya mudah, guna bahan yang ringkas dan hasilnya memang sedap, lembut serta wangi dengan rasa coklat berlemak.

Kek ini boleh ditambah topping ikut kreativiti seperti kurma cincang, almond nibs atau coklat cip. Memang akan lebih menarik dan sedap!

Resipi Kek Coklat Kurma

Bahan-Bahan

20 biji kurma (buang biji)
1 cawan susu segar / susu cair
¼ cawan air panas
3 biji telur
½ cawan minyak masak
½ cawan gula kastor (boleh kurangkan jika kurma sudah manis)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil dark choc emulco (optional)

Bahan Ayak

170g tepung gandum (1 ½ cawan)
50g serbuk koko (½ cawan)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara Penyediaan Kek Coklat Kurma

1. Satukan kurma, susu sedar dan air panas dalam pengisar. Kisar halus dan masukkan dalam mangkuk adunan.

2. Kemudian kisar pula telur, minyak masak, gula kastor, esen vanilla dan dark choc emulco.

3. Satukan kedua adunan di atas dalam mangkuk adunan.

4. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati dengan spatula atau putar dengan kelajuan rendah.

5. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci (oles dengan sedikit minyak dan lapik baking paper).

6. Hiaskan dengan kurma cincang, almond nibs atau choc chip ikut cita rasa.

7. Bakar pada suhu 120–150°C selama 1 jam (bergantung pada oven). Uji dengan lidi, jika tidak melekat, kek sudah masak.

8. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

Tip Kek Tambah Sedap

-Gunakan kurma yang lembut dan manis semula jadi untuk hasil lebih moist.
-Kalau nak rasa lebih pekat coklat, boleh tambah dark chocolate chip ke dalam adunan.
-Kek lebih mudah dipotong bila sudah sejuk sepenuhnya.
-Untuk versi kukus, kukus selama 1 jam 15 minit dengan api sederhana.

Kredit Resipi & Foto: Permata Pink

apatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Published by
Rose