Kek Coklat Karamel, Manisan Pencuci Mulut Lembut Berkrim.

Share


Kek coklat caramel ni memang ada banyak versi. Tetapi jika anda penggemar coklat dan sukakan pencuci mulut yang lembut berkrim, resipi ini pastinya menepati citarasa anda.

Anak-anak pasti suka dengan rasa coklatnya

.

KEK COKLAT KARAMEL


BAHAN-BAHAN :

Karamel :
2 sudu besar gula | dicairkn dalam loyang atas api yang perlahan…ratakan dipermukaan loyang, sejukkan..

Lapisan atas (karamel) :
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji kuning telur
Sedikit esen vanila
*putar sampai sebati, selepas itu tuang dalam loyang tadi,kukus dalam 20-25 minit,sejukkan

Bahan lapisan kek coklat:
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko..
*masukkan dalam periuk,.kacau hingga sebati di atas api yang perlahan selama 3-4 minit


4 biji telur | dikisar

Bahan diayak :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

CARA MEMASAK :

  1. Masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan coklat, selang seli dengan. Kacau hingga sebati.
  2. Tuang atas karamel (guna senduk) dan kukus 45minit-60 minit.
  3. Nak tau dah masak cucuk dengan lidi. Kalau tidak melekat maknanya dah masak.

FB : Resepi Ibunda

IKLAN