Kek Coklat Bajet, Tepung Beli Kat Kedai Eco

Share

Kek coklat bajet. Tepung kek beli kat kedai Eco je. Siapa pernah beli tepung kek di kedai yang terkenal dengan harga barang-barangnya yang cukup murah itu?

Jangan tak percaya, sedap tau dan menjadi kek yang dibuat.  Puan Sally Mally ini berkongsi resipi dan cara membuat kek bajet guna tepung kek yang dibeli di kedai Eco tu. Menurutnya, beli 2 pek bersama cawan, total RM6.36. Dapat 10 cawan kek! Jimat sungguh.

Selain itu, kek itu tetap sedap dan mudah je nak membuatnya.

Musim cuti sekolah, anak-anak kat rumah jadi kenalah sediakan makanan secukupnya untuk mereka. Minum petang bolehlah buat kek cawan ini. Selamat mencuba!

Kek Coklat Bajet, Tepung Beli Kat Kedai Eco

Bahan-bahan:

2 pek tepung Moist Cake Mix (beli di Eco)

2 biji telur

3/4 cawan minyak masak – boleh beli online di sini

1 cawan air masak

Sesudu makan Nutella (option)

Coklat chips (option)

Cara Memasak:

 Bancuh sebati semua bahan dalam satu bekas.

Tambah sedikit Nutella untuk lebih sedap.

Kemudian tabur coklat chips di atasnya nak bagi lagi meriah. Tapi ini pilihan. Tak bubuh pun tak apa.

Bakar dlm air fryer 170’C selama 30 min, bergantung pd airfryer masing-masing. Nak kukus boleh, nk masuk dalam oven pun boleh. Tapi saya guna airfryer lebih mudah. Pakai cawan supaya senang ank-anak nak makan. Sedap sangat, gebu dan lembut.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

IKLAN