Kek kini bukan sekadar pencuci mulut, ia jadi simbol sambutan, kejutan, dan hadiah kasih sayang. Tapi dalam dunia bakeri moden yang mementingkan rupa, terlalu banyak kek cantik di luar sana yang sebenarnya tak selamat untuk dimakan. Ramai tak tahu, ada bahan, teknik dan hiasan yang nampak eksklusif tapi menyimpan risiko kesihatan.
Berikut ialah 7 red flags penting yang patut diperhatikan oleh sesiapa sahaja, tak kira pembeli, peniaga mahupun peminat kek. Kalau ada salah satu tanda ni… mungkin elok fikir dua kali sebelum makan.
Ramai suka tengok kek dihias dengan ros, lily, hydrangea, baby’s breath. Tapi, kebanyakan bunga ini beracun, ada racun serangg atau tak diluluskan untuk kegunaan makanan. Kalau nak guna, pastikan bunga tersebut edible-certified
atau sekurang-kurangnya berlapik dan selamat disentuh makanan.Krim kek biru neon, pastri kuning menyala, atau biskut merah pekat. Memanglah nampak “Instagrammable”, tapi, ini tanda penggunaan pewarna tiruan berlebihan. Sesetengah pewarna macam Rhodamine B atau Sudan Red dah lama dilarang dalam makanan.
Lebih selamat guna pewarna semula jadi atau gred makanan sahaja.
Kek krim yang dipamerkan tanpa peti sejuk berjam-jam? Krim dairy seperti whipped cream, cheese frosting atau buttercream mudah rosak dan jadi tempat pembiakan Salmonella & Listeria bila berada di luar lebih dari 2 jam. Kek krim wajib disimpan bawah 5°C selepas dikeluarkan.
Trend kek eksklusif disembur glitter, metallic shine, dan pearl dust makin popular. Tapi, ramai tak tahu bahawa banyak produk ini bukan untuk dimakan pun! (non-toxic ≠ edible). Ada yang mengandungi logam berat atau mikroplastik. Oleh itu sentiasa semak label “edible” sebelum beli kek jenis ni.
Kek yang nampak ‘moist’ bukan alasan untuk dibiarkan ‘banjir’.
Apabila topping meleleh hingga kek lembik, ini boleh sebabkan kulat dan bakteria cepat membiak, terutama jika disimpan lebih dari sehari. Kek perlu lembap, bukan berlecak.
Selalu kita nampak kek di gerai dibiarkan terbuka. Peluang kena habuk, lalat hinggap, orang bersin adalah tinggi. Ini bahaya besar.
Petanda penjual tidak pedulikan aspek kebersihan. Risiko pencemaran silang sangat tinggi. Kek sepatutnya disimpan dalam bekas tertutup atau dilindungi sepenuhnya.Admin tak tulis semua ni untuk takutkan orang. Tapi sebagai yang sudah lama dalam bidang kulinari, admin rasa bertanggungjawab untuk ingatkan:
Kek bukan sekadar sedap dan cantik – ia makanan yang masuk ke tubuh, kena selamat 100%.
Jangan biar trend visual cantik membutakan kita dari risiko kesihatan sebenar.
Lain kali apabila tengok kek cantik… tanya dahulu: ‘Ni selamat ke dimakan?’ Pertanyaan ini memang mengundang bengang penjual, tapi kalau kita nak selamat, baik tanya dahulu atau jangan beli langsung jika ada keraguan.
Chop! Baca ni. Anda seorang BAKERS? Jom sertai Komuniti Bakers RASA Digital Homebakers Showcase & ia adalah PERCUMA!