Kek Butter Gebu, Mudah Tapi Sedap

Share

Kek butter tetap menjadi kegemaran ramai meskipun banyak kek lain yang sedang viral sekarang. Resipinya juga mudah, ringkas dan tidak renyah. Sesuai dijadikan menu untuk minum petang. Jom kita cuba buat kek butter menggunakan resipi perkongsian Zaihanififie Abu Bakar.

RESIPI KEK BUTTER SIMPLE

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gram buttercup + 250 gram gula
  • 6 biji telur (gred A) + 3 penutup esen vanilla
  • 250 gram tepung naik sendiri (ayak)

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Campurkan bahan nombor 1 (dalam 5 minit)
  2. Masukkan nombor 2 sedikit-sedikit (3 kali masuk)
  3. Campurkan sehingga telur betul-betul mesra (lebih kurang 2 minit)
  4. Pastikan semua tepung dah mesra dengan adunan.
  5. Sediakan acuan pembakar.
  6. Sapu rata acuan dengan sedikit butter.
  7. Taburkan sedikit tepung dan ratakan di sekeliling acuan.
  8. Masukkan adunan kek. Ratakan dan buat lekuk sedikit di bahagian tengah supaya bila kek naik, ia akan naik sekata.
  9. Panaskan oven pada suhu 180°. Bila panas, masukkan kek dan bakar lebih kurang 40 hingga 45 minit.
  10. Ambil lidi sate dan cucuk di tengah kek. Kalau tak ada tepung yang terlekat pada kayu, itu bermakna kek sudah masak.

Selamat mencuba!

 

Jika anda sedang mencari OVEN yang berkualiti pada harga yang murah, boleh klik DISINI.

 

KREDIT RESIPI & FOTO: ZAIHANIFIFIE ABU BAKAR

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI:

 

IKLAN