Kek Buah Kukus Legend Makan Tak Jemu

Share

Teringin pula dan merasa kek buah buatan sendiri. Kalau beli pun tidak memenuhi cita rasa.Resipi kek buah ada pelbagai. Ini antara yang min kongsikan untuk korang cuba.

Bahan A
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas
250g (1buku) butter
500g mix fruit

– panaskan gula dlm kuali hingga berwarna perang gelap (guna api kecil)
– masukkan air panas perlahan2 dan masak semula hingga gula larut.
– masukkan butter dan kacau hingga butter cair.
– masuk pula mix fruit,masak hingga mendidih
angkat dan biarkan sejuk.

Bahan B
325gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan) -BELI ONLINE DI SINI
2 sudu teh baking powder-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh soda bikarbonat-BELI ONLINE DI SINI


1/2 sudu teh serbuk kayu manis (jika suka)

– ayak bahan2 3 kali
– masukkan ke dalam adunan A sikit-sikit sambil dikacau hingga rata.

Bahan C
3 biji telur gred A
1 sudu teh perisa oren

Cara memasak:

1.Pukul telur hingga kembang berbuih,masuk dlm adunan tadi dan kacau hingga rata.
2.Boleh tambah 2 sudu besar sunquick jika suka.
3.Tuang adunan dalam loyang yang telah disapu minyak dan dialas baking paper. (jika guna acuan plastik,sapu minyak sahaja)
4.Tutup loyang dengan plastik atau aluminium foil supaya wap dr penutup kukusan tak jatuh atas kek.
5.Pastikan air kukusan sudah mendidih baru kukus kek.
6.Kukus kek selama 2 jam.
7.Sejam yang pertama kukus guna api sederhana,sejam yang kedua guna api kecil.
8.Tunggu sejuk baru potong.

Kredit: Maz Abdul

ADA YANG NAK MENUKAR PERIUK KUKUS BARU? BOLEH BELI DI SINI.

 

IKLAN