Cantik Kek Batik Hijau Rasa Berkrim Horlicks

Share

Kalau sebut sahaja kek batik mesti kita teringat dengan coklat atau milo. Kali ini berikan kelainan dengan rasa horlicks yang berkrim.

KEK BATIK HIJAU

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji telor
  • 125g unsalted butter
  • 3/4 cawan susu pekat (kalau suka manis letak lebih)
  • 2 cawan horlick
  • 1/2 cawan tepong gandum
  • Esen vanila
  • Pewarna hijau
  • 1 paket biskut marie

CARA MEMASAK:

  1. Cair kan butter dalam periuk. Bila sudah cair masukkan susu pekat dan gaul sebati. Ginakan api sederhana.
  2. Masukkan tepung dan serbuk horlicks ke dalam periuk. Gaul sehingga sebati. Pastikan tidak berketul
  3. Sambil kacau masukkan telur satu persatu. Pastikan sentiasa kacau takut telur masak.
  4. Masukkan essen vanila dan sedikut pewarna hijau. Gaul dan tutupkan api.
  5. Masukkan biskut marrie yang telah dipatah-patah. Kacau sebati dan alihkan kedalam loyangbuang sudah di alas dengan kertas minyak atau plastik.

Kredit resepi: ‎Mimie Suhaimi Hussain

Anda pasti sukakan resipi ini:

1. Biskut Batik Gulung

2. Kek Coklat Puding Karamel

3. Kek Lumut Hijau Kukus

IKLAN