Kek Batik Guna Biskut Jejari Jadi Rebutan Anak-Anak, Memang Sedap!

Share

Sebelum ini jika sebut kek batik dalam kepala dah terbayang bahan utamanya adalah biskut marie, berlainan pula resipi kali ini apabila biskut jejari digunakan untuk menggantikan biskut marie dan hasilnya sangat menarik dan kreatif sungguh. Cubalah!

KEK BATIK VERSI BISKUT JEJARI

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan milo
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 sudu besar serbuk koko (x ltk pun x pe)
  • 1 buku buttercup
  • 1 pkt biskut jejari
  • 1 sudu esen vanila(x ltk pun x pe)

CARA-CARA:

  1. Cairkn butter dlm periuk
  2. Bila dh cair msk susu pekat
  3. Gaul sebati dgn api sederhana
  4. Masukkn milo,serbuk koko ke dlm periuk..kacau smpai sebati
  5. Pastikan tiada milo berketul2
  6. Masukkn esen vanila kacau..tutup api..
  7. Susun biskut jejari ke dlm bekas
  8. Tuang adunan milo tadi
  9. Susun lg..tuang adunan..
  10. Buat smpai abis
  11. Dh abis..simpan dlm peti ais 4 jam..
  12. Utk memudahkn potong kluarkn 30 min sblom potong..

Selamat mencuba!

Kongsi resipi: Eda Mohd di mahn & puan zaimah

CUBA JUGA RESIPI KEK INI:

IKLAN