Sebut saja kerabu, ada bermacam jenis. Ada yang rasa masam dan pedas, ada juga yang lemak pedas tak kurang juga yang disediakan segar. Apapun cara hidangan kerabu tetap menambat selera. Kalau anda pencinta kerabu, ini ada dua jenis kerabu yang berbeza tetapi rasa tidak menghampakan. Anda semua wajub cuba.
KERABU JANTUNG PISANG KERISIK
BAHAN-BAHAN:
Ads
1-2 biji jantung pisang | rebus empuk dan hiris
2 biji tomato | cincang nipis
2 biji cili merah | mayang halus
4 biji cili padi | mayang halus
1 labu bawang besar | mayang halus
1 sudu makan kerisik
½ sudu makan air asam
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
Gaul sebati kesemuanya.
Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Jika suka boleh tabur kacang goreng tumbuk di atasnya.
KERABU CAMPURAN KEKACANG
Ads
BAHAN-BAHAN:
5 batang kacang botol | hiris halus
5 batang kacang buncis | hiris halus
5 batang kacang panjang | hiris halus
2 biji cili merah | hiris nipis
4-5 biji cili padi | hiris nipis
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai | hiris halus
3 sudu makan kelapa parut (putihnya sahaja)
2 sudu makan kerisik
2 sudu makan ikan bilis | sangai dan tumbuk kasar
½ biji limau nipis | perah airnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ads
Di dalam mangkuk kecil, satukan kelapa dan kerisik. Gaul sebati.
Di dalam mangkuk besar, campurkan kesemua bahan lain. Gaul rata.
Masukkan campuran kelapa dan kerisik tadi lalu gaul sebati.
Tambah perahan limau dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa. Hidangkan segera.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mulut asyik mahu mengunyah lebih baik jadikan tempe snek ringan yang berkhasiat. Tempe diperbuat daripada kacang soya yang mengalami proses penapaian.
Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.
TEMPE GORENG REMPAH
.
BAHAN-BAHAN:
Ketumbar
Jitan manis
Bawang putih
Serbuk kunyit
Garam
Tepung gandum
Air
.
INFO: Ikut sukatan berapa banyak tempe (Dikisar atau ditumbuk)
CARA MEMASAK:
1. Potong tempe mengikut ketebalan yang dikehendaki.
.
2. Bancuh bancuhan dengan bahan-bahan kisar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
.
3. Masukkan tempe yang sudah dibelah ke dalam bancuhan.
.
4. Panaskan minyak dan gorengkan tempe sehingga keperangan
.
5. Bila tempe sudah garing boleh angkat dan toskan.
.
INFO:
Boleh makan begitu saja atau sedap cicah dengan sos atau sambal kicap.
Makain nipis tempe dipotong makin rangup bila digoreng.
Peria goreng rangup memang sedap! Nampak macam biasa je tapi sayur ni mempunyai nilai khasiat yang luar biasa. Ia dikatakan mampu mengatasi masalah tekanan darah tinggi. Walaupun begitu, masih ramai yang kurang menggemari sayur ini dek kerana rasanya yang pahit. Selain dijadikan ulam, dimasukkan ke dalam masakan, salah satu masakan sedap yang anda boleh hasilkan ialah Peria Goreng Rangup. Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari Noorfaizah Aziz ni hanya guna 2 bahan. Memang mudah. Jom lihat cara-caranya.
foto: http://healthyliving.natureloc.com
CARA MASAK PERIA GORENG RANGUP GUNA 2 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
Peria katak
Tepung goreng serbaguna
Air garam
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan peria dan potong nipis-nipis dan pastikan ketebalannya sama.
2. Rendam dalam air garam seketika anggaran 30 minit. Kemudian toskan dan lap sedikit peria menggunakan tisu supaya tidak terlalu basah.
3. Gaul hirisan peria tadi bersama tepung goreng serbaguna hingga bersalut sepenuhnya.
4. Panaskan minyak yang banyak dan goreng peria hingga garing.
5. Angkat dan toskan minyaknya. Bila dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup dan tahan lama.
Hidangan Nasi Ayam Penyet sememangnya menjadi kegemaran ramai. Set nasi putih, tempe, tauhu dan ulam-ulaman, yang dimakan bersama ayam goreng yang garing serta sambal yang power memang membuka selera. Nak cuba? Jom tengok resipi perkongsian saudari Mashitah Mas ni. Nampak sedap dan membuka selera.
CARA MEMASAK: 1. Kisar bawang merah, bawang putih, sedikit halia, sedikit lengkuas dan sedikit kunyit. 2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama serai dan daun salam. 3. Bila dah wangi, masukkan ayam dan tuang air hingga ayam tenggelam. 4. Masukkan garam dan kiub pati ayam. Biar hingga ayam masak sepenuhnya. Angkat dan toskan air hingga kering. 5. Untuk menyediakan bancuhan tepung, satukan semua bahan dan kacau sebati. 6. Tuangkan air dan kacau bancuhan biar mendapat tekstur seperti santan pekat. 7. Ambil ayam yang telah ditoskan tadi, celupkan dalam bancuhan tepung dan goreng garing.
8. Bila dah masak, angkat dan lenyekkan menggunakan lesung. 9. Celupkan juga tauhu dan tempe yang telah dipotong. Goreng hingga garing. 10. Hidangkan ayam penyet bersama nasi putih panas, tempe, tauhu yang digoreng, kubis, kacang panjang dan sambal ayam penyet. Sedia untuk dihidangkan.
RESIPI SAMBAL AYAM PENYET
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis
Bawang merah
Cili padi
Cili merah
Tomato
Belacan bakar
Gula dan garam secukupnya
Jus limau nipis secukupnya
Sedikit gula melaka
CARA MEMASAK: 1. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. 2. Seterusnya goreng bawang merah hingga layu. Guna minyak sederhana sahaja dan jangan terlalu banyak. 3. Masukkan cili padi dan cili merah yang telah dipatah dua. Masukkan juga tomato yang telah dipotong empat. Masak sampai tomato layu. Angkat. 4. Masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi dan juga belacan ke dalam blender. Tuang juga minyak gorengan tadi. Kisar sekejap sahaja (kisar kasar). 5. Tuang kembali bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan gula, garam dan jus limau nipis secukup rasa. Tambahkan juga sedikit gula melaka. Masak hingga pecah minyak.
6. Angkat dan hidangkan bersama ayam dan nasi.
INFO: Jumlah bahan sambal hanya perlu agak-agak ikut citarasa.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!