Kerabu Mangga adalah menu pembuka selera yang sangat mudah disediakan dan pelbagai versi resipi sesuai dengan citarasa pembuatnya. Kali ini RASA kongsikan resipi paling mudah dan ringkas yang boleh anda cuba, sesuai sangat dengan konsep jimat di musim PKP ini.
KERABU MANGGA BAHAN-BAHAN: 3 biji mangga lemak sederhana besar5 ulas bawang merah 1 sudu teh lada hitam 3 sudu besar kerisik Garam secukup rasa Gula secukup rasa 2 biji cili padi | hiris serong 3/4 cawan santan yang diperah segar 3 ekor ikan kembung | dibakar dan ambil isinya
1/2 cawan kacang tanah | sangai dan tumbuk kasar
CARA MEMBUAT:
Ads
Ads
Ads
Mangga dibuang kulit dan parut, ketepikan.
Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.
Kemudian masukkan isi ikan dalam bahan bahan tumbuk tadi dan tumbuk lagi hingga lumat.
Satulah bahan tumbuk dengan mangga dalam mangkuk bersama kerisik, gaul sebati.
Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali taburkan cili padi yang dihiris.
Kerabu mangga siap dihidangkan.
Kredit: Resipi Dapur Kak Chah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masa dulu-dulu kalau kenduri kendara terutamanya kenduri kahwin mesti ada Gulai Daging Tetel Dengan Nangka Muda memang meletop. Ada pulak sambal belacan, ulam dan ikan masin, memang menghabiskan nasi. Kalau teringin tak perlu tunggu kenduri, anda boleh masak sendiri, nangka dengan daging tetel beli je dekat pasar sebab resipinya ini RASA kongsikan…
GULAI DAGING TETEL DENGAN NANGKA MUDA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN REMPAH PENUMIS:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya menu MiKicap dan Sup Wantan ni. Tetapi jika nikmati di kedai atau restoran, semangkuk hidangan Mi Kicap bersama Sup Wantan boleh mencecah harga belasan ringgit. Makan pun tak puas. Jadi bagi anda yang nak cuba masak sendiri sajian ni, resipi perkongsian saudari AliyaFarhana Chomeyy ni antara yang mudah untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI MI KICAP, WANTAN & SUP WANTAN
WANTAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan semua bahan diatas ( kecuali kulit wantan) hingga sebati.
2. Ambil kulit wantan dan letak isi ayam yang sudah digaul di tengah-tengah.
3. Sapukan sedikit air di hujung kulit wantan dan bunjutkan. Boleh juga dilipat segitiga atau dikelim mengikut kreativiti anda.
4. Bila siap, wantan boleh digoreng, dikukus atau direbus bersama sup.
Siapa yang suka dengan menu ala Timur Tengah, mesti suka dengan resipi Nasi Arab Mandy @ Kabsah ini.
Nampak macam susah tapi sebenarnya cara nak masaknya senang. Lebih kurang macam nak buat nasi ayam.
Resipi yang dikongsikan Aisyah Humaira ini, sesuai buat mereka yang pertama kali belajar nak masak nasi arab mandy.
NASI ARAB MANDY @ KABSAH
BAHAN PERAPAN AYAM MANDY:
½ ekor ayam 1 sudu besar rempah nasi mandy 1 sudu besar serbuk cili – beli online di sini Sedikit pewarna kuning saffron 1 kiub pati ayam know Garam, secukup rasa 2 sudu besar minyak zaitun – beli online di sini
Masukkan semua bahan di atas ke dalam bekas kacau hingga sebati. Ratakan pada ayam kemudian perap ayam paling kurang 3-4 jam atau semalam di dalam peti. Setelah perap, bolehlah direbus ke dalam kuah sup.
1. Panaskan minyak zaitun, tumis semua bahan di atas hingga terbit bau dan masukkan air mengikut banyak kuah yang diingini.
2. Saya lebihkan air sebab kuah ini akan dicampur bersama beras untuk masak nasi nanti.
3. Apabila kuah mendidih, masukkan ayam. Ayam dan kuah siap (jika ayam ingin dibakar /panggang, maka ayam tak perlu direbus).
BAHAN NASI MANDY:
4 cawan beras basmati – beli online di sini 1 sudu besar minyak sapi – beli online di sini 2 sudu besar minyak zaitun – beli online di sini 1 ½ sudu besar rempah nasi Mandy 1 biji bawang besar | dihiris 2 batang cili hijau 5 ulas bawang putih 1 helai bayleaves/daun salam 1 biji limau kering 1 batang kayu manis 3 biji bunga cengkih 3 biji buah pelaga 1 pokok akar daun ketumbar 1 kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi bersama minyak zaitun. Masukkan semua bahan nasi kecuali beras dan kiub ayam. 2. Tumis sehingga terbit bau. Masukkan beras serta 2 gelas air rebusan ayam dan bakinya masuk air biasa.
3. Sukatan air sama macam masak nasi biasa, perasakan garam dan aji secukup rasa. Kacau. 4. Masukkan ayam yang telah direbus. 5. Setelah nasi masak, terus lubangkan nasi kepada 4 bahagian dan masukkan sedikit pewarna oren atau kuning saffron.
6. Biarkan seketika dalam 5 minit dan gemburkan nasi perlahan-lahan agar nasi cantik terurai. Siap.
BAHAN SAMBAL SALATAH:
2 biji tomato 5 biji lada hijau besar 5 biji cili padi merah 2 tangkai daun ketumbar 1 sudu besar perahan lemon Sedikit rebusan ayam Garam, gula, pati ayam secukup rasa