Seperti tahun sebelumnya, kemunculan Katalog baru IKEA sememangnya dinantikan oleh semua. Hari ini IKEA melancarkan Katalog 2021 dengan himpunan produk yang menarik serta efisien. Tentunya buku panduan sarat dengan idea dan inspirasi yang bermakna, serta menampilkan pelbagai koleksi baharu, kolaborasi menarik dan penyelesaian yang lebih mampu milik untuk memberi wajah baharu buat kediaman anda.

Katalog IKEA 2021 Cetus Idea Dan Inspirasi Kreatif Agar Kediaman Rakyat Malaysia Lebih Selesa Dan Lestari

 

Katalog IKEA 2021 Cetus Idea Dan Inspirasi Kreatif Agar Kediaman Rakyat Malaysia Lebih Selesa Dan Lestari
“Memandangkan IKEA semakin mendapat tempat di rumah dan hati rakyat Malaysia, kami telah memperbaharui Katalog kami, terutamanya dalam normal baharu ini yang menyaksikan perubahan gaya kehidupan kita. Ia padat dengan idea dan inspirasi yang mesra bajet untuk setiap citarasa, gaya dan keperluan.

Berbekalkan pelbagai penyelesaian mampu milik, lebih ramai rakyat Malaysia kini dapat membuat perubahan di rumah mereka di samping menikmati banyak penjimatan. Daripada menyediakan ruang khusus di rumah dan penyelesaian storan, sehinggalah kepada memaksimumkan ruang untuk menyambut ahli keluarga baharu,penyelesaian dan inspirasi yang ditawarkan ini memfokuskan kepada tawaran yang realistik, relevan dan mesra pelanggan,” kata Gerard Jansen, Pengarah Peruncitan Negara (Malaysia), IKEA Asia Tenggara.

Dengan matlamat untuk sentiasa mengurangkan kos tanpa menjejaskan kualiti, IKEA menawarkan rakyat Malaysia dengan rangkaian harga yang lebih rendah sepanjang tahun. Menampilkan lebih 198 produk untuk seisi sudut kediaman meliputi ruang tamu sehinggalah ke dapur, bilik tidur, bilik mandi dan banyak lagi produk-produk yang ditawarkan kini lebih mampu milik.

Katalog IKEA 2021 Cetus Idea Dan Inspirasi Kreatif Agar Kediaman Rakyat Malaysia Lebih Selesa Dan Lestari

IKLAN

Antara tawaran produk baharu ialah JÄTTELIK, koleksi yang diidam-idamkan semua pencinta dinosaur! Produk daripada rangkaian ini membolehkan ibu bapa mengubah bilik anak mereka kepada sebuah dunia menakjubkan yang penuh dengan makhluk prasejarah.

Selain itu, ia juga menampilkan koleksi RÅVAROR, iaitu rangkaian produk yang memenuhi keperluan ruang kecil atau kehidupan di pangsapuri. Koleksi ini merangkumi pelbagai jenis produk yang dapat mengubah ruang kecil kepada ruang pintar dalam sekelip mata. Kedua-dua koleksi JÄTTELIK dan RÅVAROR kini boleh didapati di semua gedung IKEA Malaysia.

Katalog IKEA 2021 Cetus Idea Dan Inspirasi Kreatif Agar Kediaman Rakyat Malaysia Lebih Selesa Dan Lestari

IKEA turut menjalinkan kerjasama dengan Greyhound Original, satu label fesyen Thai yang terkenal untuk menghasilkan SAMMANKOPPLA iaitu koleksi ekspresif yang terhad. Menampilkan reka bentuk mewah dengan harga berpatutan, koleksi popular ini yang memperlihatkan adunan gaya jalanan Bangkok dan kepakaran perabot rumah IKEA kini boleh didapati di Malaysia.

IKLAN

Katalog IKEA 2021 Cetus Idea Dan Inspirasi Kreatif Agar Kediaman Rakyat Malaysia Lebih Selesa Dan Lestari

Katalog IKEA 2021 Cetus Idea Dan Inspirasi Kreatif Agar Kediaman Rakyat Malaysia Lebih Selesa Dan Lestari

Selain itu, LEGO dan IKEA bakal mengujakan pengguna di Malaysia dengan koleksi kolaboratif mereka, BYGGLEK, yang bakal ditawarkan di semua gedung IKEA Malaysia pada awal tahun 2021. Storan yang menarik ini pastinya akan membudayakan permainan dan menyuntik lebih keseronokan pada penstoran di rumah.

IKLAN

Di samping itu, rangkaian EFTERTRÄDA yang sangat dinanti-nantikan juga akan ditawarkan bermula Disember 2020. Dikenali sebagai koleksi peminat IKEA, rangkaian ini bercirikan koleksi pakaian dan aksesori yang memaparkan logo IKEA dan kod bar produk.

IKEA juga memperkenalkan sajian baharu dan menghidangkan semula sajian enak kegemaran ramai dalam menunya di restoran dan kafenya. Sajian baharu termasuk Bebola Tumbuhan (Plant Ball) yang akan tersedia ada pada tahun 2021. Sebagai versi baharu Bebola Daging ikonik IKEA, Bebola Tumbuhan ini ialah alternatif berasaskan tumbuhan yang lebih lestari untuk penggemar bebola daging.

Antara sajian enak kegemaran yang terdapat dalam menu termasuk Ayam Peri-Peri dengan Kentang Goreng dan Sayuran Campur, Daging Rusuk Soya Madu, Filet Salmon dengan Medalion Sayuran dan Sos Mentega Lemon dan Hot Dog Bolognese Ayam. Sajian ini tersedia ada untuk makan di Restoran IKEA atau dibawa pulang.

Dapatkan Katalog IKEA 2021 baharu dari mana-mana gedung IKEA Malaysia. Ahli IKEA Family akan menerima baucar IKEA Family bernilai RM5* dengan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM300* di mana-mana gedung IKEA Malaysia mulai sekarang sehingga 31 Oktober 2020.

Pastikan anda mendaftar sebagai ahli IKEA Family untuk menikmati lebih banyak manfaat dan penjimatan yang eksklusif untuk ahli. Daftar secara percuma di kios IKEA Family di gedung IKEA atau dalam talian melalui IKEA.my/Family.Katalog baharu juga boleh didapati secara dalam talian melalui IKEA.my/catalogue.*Tertakluk pada terma.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI