Karipap Sardin Tak Perlu Kelim Tepi. Ni Resipi Mudah Untuk Orang Baru Belajar

Share

Resipi Karipap Sardin ni istimewa buat anda yang tak berapa pandai nak kelim tepi. Kelim tepi tu nampak mudah, tapi bagi orang yang kurang mahir, hasil akhirnya kemek dan senget benget. Kadang-kadang, hasilkan benda yang tak seindah yang dibayangkan ni boleh buat kita rasa letih. Kali ni RASA nak kongsi resipi Karipap Sardin dari saudari Rosni Musa yang mudah dan tak payah susah-susah nak kelim tepi. Hanya canai doh 4 segi, tekan guna garpu. Jom lihat cara-caranya.

 

CARA BUAT KARIPAP SARDIN TANPA KELIM TEPI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung gandum cap kunci (beli online DISINI)
  • 50gm tepung beras (beli online DISINI)
  • 50gm tepung ubi (beli online DISINI)
  • 1/2 cawan minyak masak (beli online DISINI)
  • 1 sudu makan marjerin (beli online DISINI)
  • Secubit garam (beli online DISINI)
  • 200- 250ml air

CARA PENYEDIAAN:

1. Campurkan segala tepung. (Mengikut kata peniaga-peniaga kuih, untuk menghasilkan kuih yang sedap gunakanlah tepung gandum cap kunci)

2. Panaskan minyak dan marjerin sehingga marjerin cair.

3. Kemudian tuang minyak panas ke dalam tepung.

4. Gaul sebati dengan menggunakan senduk terlebih dahulu. Bila sudah suam, baru ramas dengan jari sehingga menjadi serbuk roti.

5. Air sejuk dari peti sejuk 200 – 250ml dicampur dengan sedikit garam.

6. Tuang air sejuk ke dalam tepung. Masa ni kalau doh rasa keras lagi, tambah air sedikit demi sedikit. Uli sehingga doj titak lekat di tangan. (empunya resipi guna air 250ml lebihkan sedikit. Ikut tepung masing-masing ya.)

7. Uli sehingga jadi doh seperti di dalam gambar.

8. Kemudian bulat-bulatkan. Simpan doh di dalam plastik. Perapkan doh selama 30 minit atau lebih. Ketepikan.

BAHAN-BAHAN INTI SARDIN:

  • 1 tin sardin (beli online DISINI)
  • 3 biji bawang besar (beli online DISINI)
  • 2 ulas bawang putih (beli online DISINI)
  • 2-3 sudu cili kisar
  • 3 sudu makan sos sardin
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Bawang besar – potong dadu

CARA MEMASAK:

1. Kisar bawang besar dengan bawang putih menggunakan sedikit air. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang tersebut sehingga terbit bau.

2. Masukkan cili kisar. Kacau dan tumis lagi sehingga pecah minyak.

3. Ambil ikan sardin. Sosnya ketepikan. Lecek ikan sardin sehingga hancur.

4. Bila sambal sudah pecah minyak, masukkan sardin tadi. Kacau sebati.

5. Masukkan juga 3 sudu sos sardin.

6. Perasakan dengan garam, cukup rasa dan gula. Sardin ni mesti ada rasa masin, manis dan pedas. Kena pandai agak rasa supaya kena dengan cita rasa.

7. Renihkan sardin sehingga pekat. Jangan cair ya kerana nanti susah nak isi dalam doh. Angkat dan sejukkan.

8. Bila sardin dah sejuk, dadukan bawang besar. Jumlahnya tidak kisah banyak mana. Ikut cita rasa. Kacau rata.

9. Ambil sebiji doh. Leperkan.

10. Canai doh menjadi 4 segi tepat. Jangan tebal sangat dan jangan tipis sangat.

11. Isikan inti lalu sapu air di keliling doh. Ia bertujuan untuk melekatkan doh agar tak terbuka.

12. Lipat separuh.

13. Dan lipat lagi sehingga tutup semuanya.

14. Ambil garpu dan tekan di bahagian sisi karipap. Buat untuk kedua-dua sisi.

15. Kemudian cucuk sedikit pada lipatan karipap.

16. Karipap dah jadi. Ulang langkah dari awal hingga habis doh.

17. Susun karipap ke dalam loyang yang telah ditabur dengan sedikit tepung.

18. Panaskan minyak. Goreng karipap sardin dengan menggunakan api sederhana perlahan.

19. Bila karipap sardin sudah keperangan, bolehlah diangkat. Toskan sekejap.

20. Karipap sardin sedap sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Rosni Musa

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN