Karipap Inti Sardin, Saiz Lebar Memang Puas Makan

Share

Karipap antara kuih yang disukai ramai. Tidak kira dihidang untuk sarapan mahupun minum petang. Inti di dalamnya boleh dipelbagaikan sama ada letak ayam dan kentang, sayuran ataupun sardin.Kalau beli pun belum tentu rasanya kena dengan cita rasa. Lebih baik buat sendiri. Apa yang penting dohnya sedap dan rangup.Boleh ikut cara puan Jamilah Nordin. Saiznya yang besar juga buat korang puas makan.


Kulit Karipap
Bahan-bahan:
500g tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin/butter
1-2 sudu teh garam
175ml air ais(kurangkan @ lebihkan ikut keperluan)
1 sudu besar air kapur jernih
1 sudu besar shortening masukkan dalam minyak semasa menggoreng

Cara membuat:
1.Panaskan minyak,marjerin dan garam.
2.Tuangkan dalam tepung yang dah diayak, gaul rata.Dah agak sejuk gaul sebati dengan tangan,masukkan air kapur.
3.Tuang pula air ais sikit-sikit sampai jadi doh yang elok molek.
4.Boleh guna terus atau nak perap 1/2 jam dulu pun boleh.

Bahan inti sardin
1 tin kecil sardin


1 biji bawang besar -potong dadu
3 ulas bawang merah(tumbuk)
2 ulas bawang putih(tumbuk)
1 sudu besar cili kisar
4 sudu besar rempah kari daging/ikan
5-6 biji ubi kentang(dadu)
daun bawang secukupnya

daun kari
gula,garam/perisa secukup rasa
sikit air asam jawa
minyak untuk tumis

Cara memasak:
1.Tumis bawang yang dah ditumbuk, masukkan daun kari, dah naik bau masukkan bawang besar,cili kisar dan rempah kari.
2.Dah cukup garing masukkan ubi kentang.
3.Tambah air secukupnya dan biar sampai ubi hampir empuk, baru masukkan sardin yang dah dilenyek.
4.Sesuaikan garam,gula dan perisa secukupnya ikut keperluan.
5.Masak sampai kering dan masukkan hirisan daun bawang.
6. Siap untuk dihidang.
*minyak untuk goreng karipap jangan lupa masukkan 1sudu besar shortening.


Kredit: Jamilah Nordin

IKLAN