Kari Ketam Ala Mamak Tanpa Santan, Tambah Sedap Letak Rempah Nasi Bukhari

Share

Kari ketam ala Mamak tanpa santan. Makan nasi putih pun dah sedap. Ia agak kering. Tapi kalau nak buat lebih berkuah pun boleh je.

Sedap tau masakan ini. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Aisyah Humaira ini ye. Tak rugi tau.

Kari Ketam Ala Mamak Tanpa Santan

Bahan-bahan:

8 ekor ketam (siang dan cuci bersih)

1 biji tomato besar (dihiris atau cincang hancur)

2 tangkai daun kari 

Air

Garam – boleh beli online di sini

Gula – boleh beli online di sini

Serbuk perasa

Minyak masak – boleh beli online di sini

Bahan Tumis:

4 biji bawang besar (dihiris nipis)

5 biji bawang merah kecil (dihiris nipis)  – boleh beli online di sini

2 ulas bawang putih (dicincang) – boleh beli online di sini

3 inci halia (ditimbuk lumat) – boleh beli online di sini

Rempah Tumis:

2 sudu besar rempah kari ikan

2 sudu besar rempah kari daging – boleh beli online di sini

1 sudu kecil rata serbuk kunyit – boleh beli online di sini

1 sudu kecil rempah nasi Bukhari (optional)

Cara Memasak Kari Ketam Ala Mamak Tanpa Santan:

Panaskan minyak dan tumis bahan tumis bersama halia yang ditumbuk hingga layu dan hampir perang.

Masukkan bahan rempah tumis dan biarkan api perlahan dan kacau sebati.

Kemudian masuk sedikit air dan tomato. Gunakan api serdehana, Biarkan hingga jadi seperti pes dan pecah minyak.

Masukkan ketam, daun kari, kemudian perisakan dengan garam, gula, perasa dan kacau sebati. Biarkan api perlahan tutup periuk dan masak hingga ketam keluarkan airnya sesekali kacau.

Siap dihidangkan Jika suka kuah lebih cair boleh tambah sedikit air.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN