Tak biasa masak kambing, kali ini korang mesti cuba dengan resipi yang dikongsikan ini kerana, ia bukan hanya sedap, bebas santan tetapi anda pasti tak sangka langsung tiada bau kambing. Sebaliknya sangat sedap, lagi sedap kalau dipadankan dengan nasi minyak atau makan dengan roti jala atau nasi impit.
KARI KAMBING TANPA SANTAN BAHAN-BAHAN: 1kg daging kambing | potong kecil dan bersihkan 3 biji kentang | buang kulit dan potong kiub 4 sudu makan rempah kari daging 1 sudu makan serbuk cili 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai 1 biji bawang besar | dadu halus 2cm halia muda | mayang halus 1 biji lemon | ambil jus sahaja 200ml yogurt 150ml susu cair Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya REMPAH PENUMIS: 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 6 ulas buah pelaga 5 kuntum bunga cengkih BAHAN KISAR: 10 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 3cm halia 3cm lengkuas 3cm kunyit hidup 4 biji cili hijau 2 pokok daun ketumbar | ambil batang dan daun
Ads
CARA MEMASAK:
Ads
Ads
Gaulkan daging kambing dengan separuh dari bahan kisar, kemudian perap lebih kurang 30 minit.
Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan bahan rempah menumis bersama serai dan daun kari.
Apabila wangi masukkan bahan kisar, kacau rata hingga garing.
Seterusnya masukkan rempah kari dan serbuk cili yang dibancuh bersama.
Setelah wangi dan timbul minyak masukkan yogurt dan daging kambing,
Kacau hingga daging layu dan biarkan mereneh seketika.Tambahkan santan,
Perasakan dengan jus lemon, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api biarkan mereneh lebih kurang lima minit baru tutup api.
Kari kambing sedia dihidangkan.
INFO: Untuk lebih sihat, boleh gunakan susu rendah lemak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kari memang ada macam-macam versi. Ada yang bersantan, ada yang tidak bersantan. Kari daging style India ni bezanya dengan kari masyarakat Melayu adalah tiada penggunaan santan. Rasanya sedap dan berempah. Memang sedap untuk dimakan dengan nasi panas ataupun dicecah dengan roti.
KARI DAGING ALA INDIA
BAHAN-BAHAN
1 kg daging lembu
2 peket kecil rempah kari daging (BELI DI SINI)
3 sudu besar kerisik
Minyak masak untuk menumis
5 ulas bawang putih | dimayang (BELI DI SINI)
5 ulas bawang merah | dimayang
2 cm halia | dimayang
2 tangkai daun kari (BELI DI SINI)
Sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis
4 cawan air
3 biji kentang | belah 4
CARA MEMBUAT
1. Basuh daging. Toskan. Gaul daging dengan rempah kari daging dan kerisik. Ketepikan.
2. Di dalam periuk, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari, bunga lawang dan kulit kayu manis.
3. Selepas bahan tumis agak kering, masukkan daging.
4. Masukkan 1 cawan air. Biarkan daging masak dan pecah minyak.
5. Masukkan lagi air. Masukkan kentang.
6. Biarkan kentang empuk. Masukkan cili besar yang dipotong-potong jika suka.
7. Matikan api. Sedia dihidang.
Aneka resipi lauk pauk kampung ni memang sedap dan membuka selera. Walaupun kelihatan ringkas, tetapi rasanya memang enak! Andai anak kota pulang ke kampung halaman, menu-menu ini antara yang paling dicari. Bagi anda yang menggemari sajian masakan kampung, bolehlah cuba resipi lauk pauk kampung yang dikongsi ini.
KOLEKSI RESIPI LAUK PAUK KAMPUNG
1. ASAM REBUS KELADI IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
300gm batang keladi
2 keping asam gelugur
5 ulas bawang merah | dikisar halus
2 ulas bawang putih | dikisar halus
2 biji cili padi | dikisar halus
2sm belacan | dikisar halus
2sm kunyit hidup | dikisar halus
30gm ikan bilis | dikisar halus
2 sudu makan cili kisar
1 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan | dihiris
3 keping asam gelugur
800ml air
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Kupas kulit batang keladi dan potong anggaran 4cm, cuci hingga bersih.
Celur batang keladi bersama dua keping asam hingga empuk. Angkat dan tos. Ketepikan.
Di dalam periuk berasingan, reneh bahan yang telah dikisar bersama cili kisar sehingga mendidih.
Kemudian masukkan keladi yang telah dicelur, daun kesum,bunga kantan dan asam gelugur.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, biarkan didih.
Hidangkan bersama nasi putih dan sedia dinikmati.
Info chef: Cuci batang keladi dengan bersih bagi mengelakkan rasa gatal
2. GULAI LEMAK PISANG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
8 biji pisang muda | dibuang kulit dan dihiris
1 biji kelapa | diambil santannya
40gm ikan bilis
3Sm kunyit hidup | dikisar
10 biji cili padi | dikisar
1 batang serai | diketuk
3 helai daun kunyit
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan ke dalam larutan santan pekat.
Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan pisang muda dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Angkat dan hidangkan.
Info chef: Pastikan pisang muda dibuang kulitnya sehingga serat-serat yang melekat pada kulit dibuang kemas.
3. GULAI TETEL KENTANG
BAHAN-BAHAN:
500gm tetel lembu
300gm ubi kentang | dibelah empat
3 batang serai | dititik
3 sudu makan serbuk kari
500ml air
500ml santan
1 tangkai daun kari
1 sudu makan serbuk perasa
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5gm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai dan daun kari sehingga naik bau.
Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis sehingga garing.
Seterusnya masukkan sedikit air ke dalam tumisan tadi.
Masukkan pula tetel lembu bersama ubi kentang dan santan. Kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan air asam jawa dan perasakan secukupnya. Renihkan bahan-bahan tadi sehingga mendidih.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Pastikan rempah ditumis sehingga pecah minyak bagi mendapatkan rasa kari yang enak.
4. SAMBAL IKAN KEMBUNG REBUS GORENG CILI PADI & TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung | direbus
30gm terung pipit
1 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
10 biji cili padi | dikisar
1 keping asam keping
Garam, gula dan serbuk perasa
Minyak secukupnya | untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng ikan kembung rebus hingga separuh garing. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyaknya.
Masukkan ikan bersama terung pipit, asam keping dan gaulkan rata. Letakkan sedikit air jika suka.
Perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
Angkat dan hidangkan.
Info chef: Pastikan bahan kisar dibiarkan masak sehingga pecah minyaknya kemudian barulah dimasukkan ikan bersama sedikit air.
5. UDANG PETAI TEMPOYAK BERCILI
BAHAN-BAHAN:
200gm petai | dibuang kulit
300gm udang | dibuang kulit
2 sudu makan tempoyak
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 keping asam gelugur
125ml air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2sm kunyit
15 biji cili padi
2 biji cili merah
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. 2. Kemudian masukkan tempoyak, asam gelugur dan juga air. Gaul hingga sebati dan biarkan mendidih. 3. Seterusnya masukkan petai, udang dan daun kunyit yang telah dimayang halus. Masak sehingga pekat. 4. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. 5. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Kurangkan jumlah cili untuk mengurangkan rasa pedas.
6. GULAI IKAN KERING DENGAN BETIK
BAHAN-BAHAN:
1 biji betik mengkal
8 ekor ikan masin cencaru| dipotong empat
8 ulas bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
3 sudu makan rempah kari ikan
1kg santan
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit betik dan potong mengikut saiz bersesuaian. Celur sebentar dan toskan airnya. 2. Menggunakan periuk berasingan, satukan santan bersama bahan kisar serta rempah kari ikan. Kacau sebati. 3. Masukkan betik dan ikan masin. Biarkan sehingga mendidih. 4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. 5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Rasa kuah terlebih dahulu sebelum memasukkan garam kerana ikan masin telah memberikan rasa pada masakan.
7. KULIT TEMBIKAI TUMIS AIR
BAHAN-BAHAN:
1 biji buah tembikai | diambil kulit putihnya
2 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
1 biji bawang besar kuning | dimayang
2 biji cili merah | dihiris
100gm udang segar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
10gm suhun
500ml air
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama serbuk lada hitam hingga garing.
Masukkan udang dan kacau sehingga setengah masak.
Kemudian masukkan air diikuti kulit tembikai. Biarkan mendidih seketika.
Masukkan suhun,, cili merah dan hirisan bawang besar. Perasakan secukupnya.
Apabila kulit tembikai telah lembut, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Enak dinikmati bersama ikan masin goreng dan nasi panas.
Merendang tak perlu tunggu Raya, hanya perlu sediakan bahan terus ja masak. Masakan tradisional yang popular dan sedap untuk dihidangkan bersama ketupat nasi atau nasi kunyit. Cubalah resipi rendang ayam mak najah ni mudah dan sedap!
Resipi Rendang Ayam Mak Najah
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
Sekilo santan
4 sudu besar kerisik
6 bawang merah
8 bawang putih
halia
1 sudu besar jintan
1/2 sudu Lada Hitam
Sedikit ketumbar
3 sudu rempah kari
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 keping asam keping
Sedikit buah pelaga
Sedikit bunga cengkih
Sedikit bunga lawang
Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
5 biji bawang besar
5 biji bawang putih
2 inci kunyit hidup
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
1 sudu besar jintan
1/2 sudu Lada Hitam
Sedikit ketumbar
Cara-cara:
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan asam keping
Masukkan rempah kari
Masukkan kerisik
Masukkan santan
Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya
Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak.
kemudian masukkan garam dan gula.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!