Kari Kacang Hijau. Sedap Makan Dengan Capati

Share

Kari kacang hijau atau paasiper curry ini memang sedap dengan keunikan rasa tersendiri. Ia salah satu masakan kaum India. Sangat sedap kalau dimakan dengan capati dan sambal.

Bolehlah cuba kari kacang hijau ini pula ye. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Sheena Supra ini.

Kari Kacang Hijau

Bahan-Bahan:

1 cawan kacang

1 sudu kecil jintan manis – boleh beli online di sini

6-7 biji cili kering 

1 sudu kecil serbuk kunyit – boleh beli online di sini

Sedikit serbuk cili – boleh beli online di sini

Garam – boleh beli online di sini

Air

Minyak masak – boleh beli online di sini

Bahan Tumis:

5 ulas bawang putih (hiris) – boleh beli online di sini
1 batang cili merah – boleh beli online di sini

5 biji bawang merah kecil (hiris) boleh beli online di sini

1 biji tomato ( belah 4 atau 6)

Cara Memasak Kari Kacang Hijau:

Mula-mula kacang hijau direndam 4 jam. Atau kalau nak rendam semalaman pun boleh. Toskan dan ketepikan.

Panaskan minyak. Masukkan jintan manis. Kemudian masukkan cili kering. Tumis.

Setelah itu masukkan bahan-bahan lain tadi sekali gus. Tumis selama dua minit.

Masukkan kacang hijau yang direndam dan kacau sebati. Tambahkan air. Level air sampai bahan-bahan tadi tenggelam. Nak masukkan lebih pun tak apa.

 

Masukkan pula serbuk kunyit. Kacau sebati dan biar masak menggunakan api sederhana untuk 20 – 30 minit.

Selepas 20 – 30 minit, kacang hijau sudah masak sepenuhnya. Tambah air sikit lagi untuk buat kuah. 

Kemudian perasakan dengan garam secukup rasa. Masukkan sedikit serbuk cili untuk bagi warna kari lagi cantik. Kacau sebati dan biar masak lagi dalam 10 minit.

Kacang hijau dah masak sepenuhnya. Siap. Sesuai dengan sambal ikan atau mana-mana sambal pedas. Dengan capati pun ngam!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

IKLAN