Makan

Kari Ikan Merah Ala Mamak, Makan Dengan Nasi Atau Cicah Roti, Surrr!

Share

Kari Ikan Merah Ala Mamak buat sendiri kat rumah makan dengan nasi atau cicah dengan roti memang surrr…

Selain ikan merah, ikan lain seperti tenggiri, jenahak, kembung, selar dan banyak lagi juga boleh dijadikan pilihan untuk masak kari.

Nak lagi bertambah-tambah makan, ada sambal belacan dan ulam timun sebagai pelengkap hidangan. Makan bersama keluarga memang seronok tahu-tahu licin semua dalam pinggan.

Resipi Kari Ikan Merah ala Mamak ini dikongsikan Shazwanie Shahrin. Menurutnya setiap orang ada cara yang berbeza untuk memasak kari.

Kari Ikan Merah Ala Mamak

Bahan-bahan:

Bawang merah 3-4 ulas – mayang halus

Bawang putih 2-3 ulas – mayang halus

Daun kari

Halba campur

Santan (jangan pekat sangat…jangan cair sangat)

Air asam jawa

Rempah kari ikan 25g (1 pek kecil)

Ikan Merah (nak guna ikan lain pun boleh)

Bendi

Tomato

Garam secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dalam periuk..minyak jangan kedekut sangat..biar banyak sikit menutupi permukaan periuk tu dan lebih kan sikit..
  2. Tumis bawang putih,bawang merah,halba campur dan daun kari..biar kan sampai naik bau, semua bahan berwarna kekuningan dan garing.
  3. Bancuh rempah kari dengan sedikit air..jangan cair sangat dan jangan pekat sangat..refer pada gambar ye..lepas bahan tumis dah naik bau…masukkan bancuhan rempah kari ikan dan biarkan ia masak sehinggah garing dan pecah minyak gitu…kacau tau..takut hangit kat bahagian bawah tu…api sederhana je…
  4. Bila rempah dah nampak garing dan naik pecah minyak tu..masukan air asam jawa…dan santan.
  5. Masukkan ikan dan biarkan seketika…jangan kacau sangat takut ikan hancur pulak..perasakan dengan garam.
  6. Bila ikan dah masak..masukkan bendi dan tomato.

Taraaa siap sudahhh…

Kredit: Shazwanie Shahrin

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN