Makan

Kari Ayam Berkrim, Menu Mudah Kegemaran Ramai

Share

Siapa je yang boleh menolak jika dihidangkan Kari Ayam Berkrim di depan mata. Selain enak dimakan bersama nasi, hidangan ini juga boleh dimakan bersama roti atau roti jala. Ada lebihan kuah, boleh makan untuk sahur nanti. Nak hidangan lebih enak berkrim, kena guna Anchor Salted Butter dan Anchor Cooking Cream. Hidangan jadi lebih enak, berkrim dan harum baunya apabila menggunakan kedua-dua produk ini. Jom cuba!

KARI AYAM BERKRIM

Bahan-bahan:

  • 500gram ayam – potong kecil
  • 200ml Anchor Cooking Cream
  • 130gram Anchor Salted Butter
  • 2 biji ubi kentang – potong dadu medium
  • 1 biji tomato – belah empat
  • 1 cawan air
  • 8 biji bawang merah – kisar
  • 4 ulas bawang putih – kisar
  • 2sm halia – kisar
  • 1 labu bawang besar – mayang halus
  • 5 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • Garam secukupnya

Cara Memasak:

  1. Cairkan Anchor Salted Butter di dalam periuk. Tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan daun kari. Tumis lagi hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan-bahan kisar, rempah kari dan serbuk cili. Tambah air, kacau rata dan didihkan hingga rempah masak.
  3. Masukkan ayam dan ubi kentang. Didihkan hingga hampir empuk.
  4. Masukkan Anchor Cooking Cream
    , tomato, serbuk pati ayam dan garam secukupnya. Didihkan lagi dengan api yang kecil hingga semua bahan empuk dan masak sempurna.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN