Biasanya, kalau sesebuah tempat makan itu ramai orang, maksudnya mesti hidangan yag ditawarkan menepati cita rasa ramai. Melalui facebook Ikan Bakar Semporna, ternyata kedai itu mendapat perhatian ramai.
Tidak hairanlah kenapa. Sebab makanan laut yang ditawarkan sangat segar dan sedap. Dengan nama lokasi Semporna, kita semua tahu makanan laut dari sana memang segar-segar.
.
Terletak di Pusat Niaga Metro Prima Kepong, Kuala Lumpur. Sesiapa peminat ikan bakar, sotong bakar atau makanan laut yang lain, korang wajib singgah. Tengoklah orang beratur panjang nak makan di sini.
Ads
RASA tidak mahu berbicara panjang lagi. Jom tengok gambar.
JOM LAYAN GAMBAR
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ads
NAMA KEDAI: Ikan Bakar Semporna
LOKASI: No 33,Jalan Prima 7, Pusat Niaga Metro Prima Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Malaysia
FACEBOOK: https://www.facebook.com/IkanBakarSemporna1/
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Ramadan Al Mubarak kini tiba lagi, bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tidak melepaskan peluang menawarkan lebih daripada 250 jenis juadah makanan sebagai sajian berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.
Promosi bufet Ramadan ini akan bermula dari 8 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019 dan dibuka bermula pada jam 6 petang hingga 10 malam. Para tetamu boleh menikmati semua juadah hidangan dengan harga RM88.00 seorang untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun pula berharga RM45.00 seorang. Turut ditawarkan ialah harga istimewa untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas iaitu RM75 seorang.
Pihak pengurusan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) turut menyediakan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat dengan harga bermula daripada RM98.00 seorang untuk tempahan minima 100 orang ke atas. Pakej ini turut menyediakan hidangan bufet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, penyediaan ruang solat khas serta kadar parkir tetap bernilai RM5.00 bermula dari jam 6.00 petang.
Selain itu, para tetamu turut boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman yang terletak Aras 3 PWTC. Segala kelengkapan solat seperti telekung bagi kaum muslimah dan sejadah disediakan khas buat para tetamu.
Pasukan chef PWTC yang diketuai Eksekutif Chef Suzaini Mohamed Salih akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar juadah setiap minggu. Antara menu yang bakal menawan selera tetamu pada tahun ini ialah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua, Ayam Brastagi, Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk, Siput Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga dan Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kari Kawah.
Antara hidangan lain yang turut bakal ditawarkan kepada para tetamu yang hadir adalah 13 jenis ulam ulaman, enam jenis keropok, lapan jenis jeruk, tujuh jenis ikan masin, 14 jenis sambal dan dressing, 13 jenis kerabu dan hidangan panas seperti kambing goreng berempah, fried crab salted egg and oats dan pelbagai lagi.
Kaunter bufet juga turut menyediakan hidangan manisan dan pencuci mulut seperti lapan jenis kuih-muih Melayu, lima jenis kek, empat jenis pai, aneka jeli, ‘mousse & pudding’, tiga jenis bubur manis, aneka biskut Melayu dan pelbagai lagi. Di samping itu, terdapat juga warung minuman sejuk dan panas yang menyediakan air tebu, air mata kucing, air sirap, air barli, air batu campur, tiga perisa ais krim, kopi tarik dan teh tarik.
Istimewanya pada setiap bufet Ramadan di PWTC, terdapat Carving Station yang akan menyediakan kambing panggang setiap hari. Kambing panggang dihidangkan dengan sos lada hitam dan sos cendawan pasti mampu membuka selera ramai.
Pihak PWTC juga turut menyediakan tawaran baucar Early Bird di mana pelanggan yang membeli baucar Ramadan sebelum 5 Mei 2019 hanya perlu membayar RM75 setiap satu dan baucar ini boleh digunakan sehingga akhir bufet Ramadan, iaitu sehingga 3 Jun 2019.
Untuk sebarang tempahan atau pembelian baucar bufet Citarasa Warisan @ PWTC, para pelanggan boleh datang terus ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC yang dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh terus hubungi Restoran Riverside. Baucer dengan pelbagai tawaran harga menarik juga turut boleh didapati melalui Fave dan 11Street.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Memang wow! Itulah yang boleh dikatakan mengenai menu yang ditawarkan di Pithouz. Semuanya sedap sampai teringat-ingat.
Pithouz sudah beroperasi sejak April 2018. Terdahulu, hidangan yang merupakan signiture Pithouz adalah kambing bakar. Namun di di sini turut ada set nasi dan juga spageti serta pelbagai lagi hidangan barat.
Spageti yang dihidangkan memang number one! Dengan cita rasa lidah Melayu, rasa pedas tak dapat dipisahkan. Sebab itulah spageti di sini ada yang diletakkan cili padi bagi menambah keenakan. Dipersembahkan dengan udang segar. Turut ada ialah kupang yang memberikan cita rasa berbeza pada hidangan spageti.
Pemiliknya, Aslam Zahari berkata, “Kelainan kami adalah dari segi seleksi spageti yang dijual. Kami memang mengetengahkan makanan barat dengan cita rasa Melayu. Olahan spageti ada rasa masak lemak, ada rasa asam pedas. Itulah yang membezakan kami dengan kedai makanan barat yang lain.”
Aslam, usahawan muda yang mempunyai misi hebat dalam perjalanan bisnesnya.
Selain itu, Aslam turut menegaskan bahawa hidangan di sini amat berbaloi untuk dicuba. Selain rasanya sedap, harganya juga serendah RM5 sahaja bagi setiap hidangan.
Wow, nampak sedap kan? Meatball tu memang yummy!
Spageti siap ada kupang. Rasa lemak cili padi.
Teringat-ingat spageti ini. Aroma daun kari tu, menambah selera.
Menu ni nampak simple, tapi sedap sungguh.
Udang memang fresh.
Pithouz Barbeque menggunakan tagline Grill N Chill
So, apa tunggu lagi? Jangan lupa singgah ke Pithouz di Medan Selera Seksyen 11, G08, Gerai, Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, 40100 Shah Alam, Selangor. Waktu operasi adalah dari jam 4.30 petang hingga 12.30 tengah malam.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Kali ini RASA ingin kongsikan dua lokasi tempat makan berkonsepkan menu hidangan Pantai Timur. Dua lokasi ini memang sedap dan korang wajib cuba.
Dengan tagline Warong Ambo Selera Demo, memang sudah pasti ini adalah tempat makan yang menyediakan hidangan Pantai Timur. Memang sangat menawan cita rasa kalau tengok gambar-gambar menu di facebook page Warong Ambo.
Warong Ambo dan Cafe Ambo terletak bersebelahan antara satu sama lain. Cita rasa Pantai Timur yang dijual di sini adalah hidangan Kelantan. Senang kata, kalau teringin nasi ulam budu ikan singgang, memang ada dijual di sini.
Selain itu ada nasi daging singgang, sup daging, ikan bawal, nasi ayam, kerabu, ikan rebus goreng, mi celup Bangkok dan pelbagai lagi hidangan yang sedap-sedap.
Dibuka untuk sarapan dan makan tengah hari. Dari jam 8.30 pagi hingga jam 4 petang di Warong Ambo. Manakala Cafe Ambo pula dari jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang. Cuti setiap Isnin minggu kedua dan Isnin minggu keeempat setiap bulan.
Lokasi: AMBO CAFE, NO 24 JALAN NOVELIS U1/86A, LAMAN GLENMARIE, 40150 SHAH ALAM SELANGOR
Tidak sah rasanya kalau pergi ke Terengganu tapi tak makan nasi kerabu. Di Kuala Terengganu, ada satu kedai nasi kerabu yang terkenal iaitu Fauzi Nasi Kerabu. Memang ramai yang akan makan di kedai itu untuk menikmati antara nasi kerabu tersedap di sana.
Lokasi: Jalan Sultan Sulaiman. Sederet dengan Kedai Buku Banggol.
Kalau diperhatikan sekarang, hampir setiap kawasan perumahan atau pusat beli-belah pasti ada restoran yang menjual Ayam Penyet, Ayam Geprek atau Ayam Gepuk. Malah, ada sesetengah kedai sanggup beratur panjang hanya kerana sambalnya yang “padu” dan ayam gorengnya yang rangup.