Kalau Buat Sandwic Bahagian Tepi Roti Jangan Buang, Boleh Guna Jadi Menu Lain Pula

Share

Bila buat sandwic, bahagian tepi roti yang keras itu kita selalu buang. Ada juga yang memang tak suka makan bahagian ini dan sanggup potong.

Sebenarnya bahagian tepi roti yang dipotong ini boleh diolah jadi hidangan lain pula dan sedap. Caranya dikongsi oleh Sarimah Kadiron.

Lagi pun harga roti dah naik, jadi elok gunakan sepenuhnya.

Lebihan kulit roti jangan buang

Ada yang buat sandwich bahagian tepi roti dibuang, jangan begitu. Kita olah jadi macam ni;

1. Ambil lidi sate, gulung kulit roti cucuk pada lidi.

2. Celup roti dan telur yang dibancuh dengan garam dan sedikit lada hitam.

3. Kemudian boleh bakar atas kuali tanpa minyak.

Sedap, boleh buat untuk sarapan atau menu petang hari pulak.

Selamat mencuba.

Sumber: Sarimah Kadiron.

IKLAN