Kak Ros Kongsi Cara Buat Sambal Belacan Sedap. Campur Bahan Ni Memang Padu.

Share

Tengok gambar sahaja dah boleh rasa kesedapan Sambal Belacan ni. Menurut empunya resipi; saudari Rosni Musa atau mesra dengan panggilan Kak Ros, sambal belacan beliau ni memang jadi kegemaran ramai terutamanya si anak bujangnya. ‘Sambal belacan ibu paling sedap di dunia’ katanya. Memang kena cuba ni. Sekali rasa memang sampai termimpi. Namun bila sebut sambal belacan ni, lain orang lain cara penyediaannya. Betul tak? Ha..Ni RASA kongsikan cara buat sambal belacan versi Kak Ros. Jom cuba.

RESIPI SAMBAL BELACAN KAK ROS

 

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ketul belacan melaka – beli online DISINI
  • 1 biji (saiz sedang) bawang besar – beli online DISINI
  • 40-50 biji cili api – beli online DISINI
  • 5-8 biji cili besar – beli online DISINI
  • 10-15 biji limau kasturi – beli online DISINI
  • 2 sudu makan gula – agak-agak sahaja – beli online DISINI

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak dan goreng sebentar belacan dan bawang besar. Pastikan bawang tidak terlalu layu. Bila nampak agak-agak layu sikit, terus angkat.

2. Masukkan belacan dan bawang yang telah digoreng bersama cili api, cili besar dan gula.
(INFO:

  • Cili tidak perlu goreng. Tapi kalau nak goreng sekejap pun boleh.
  • Gula jangan banyak sangat. Agak-agak sahaja untuk seimbangkan rasa.
  • Tidak perlu letak garam kerana belacan Melaka sudah masin. Tapi boleh ditambah jika perlu.)

3. Kemudian perahkan limau kasturi anggaran dalam 10 – 15 biji. Sambal belacan ini tidak menggunakan air. Hanya air limau kasturi sahaja.

4. Kisar kasar. Jika buat dalam kuantiti sedikit, boleh guna lesung batu sahaja. (beli LESUNG BATU

secara online DISINI)

5. Semasa kisar, Sambal ini tidak menggunakan sebarang air. Hanya guna air limau kasturi sahaja untuk menggerakkan blender.

6. Sambal ini kena ada rasa pedas, masam, manis dan masin. Rasa untuk seimbangkan dengan cita rasa anda.

7. Hidangkan bersama ulam-ulaman.

 

Kredit resipi & foto: Rosni Musa

 

Tengah cari PENGISAR baru? Dapatkan secara online DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN