Untitled design - 2021-09-17T162025.089

Tatkala melihat dekorasi kafe yang menarik pandangan sudah pasti pemiliknya mempunyai impian yang tersendiri dan mungkin dicetuskan atas dasar pengalamannya.Buat anak muda Ismail Mohamad,24 mengusahakan Movilion Coffee House (Movillion) berkonsepkan hiasan dalaman dua dimensi (2D) memang menjadi impiannya.Lain daripada kebiasaan, unik dengan rona putih dan hitam yang mempamerkan suasana yang berbeza di setiap sudut kafe.

 

Saya bekerja di salah sebuah syarikat penerbangan di malaysia selama empat tahun bermula akhir 2017. Namun diberhentikan kerja pada awal 2021 disebabkan pendamik covid-19 yang memaksa syarikat untuk berbuat demikian. Pengalaman bekerja barista secara sambilan semasa belajar lima tahun lepas juga membantu saya dalam menghasilkan minuman yang disajikan di kafe saya pada ketika ini.
Saya berpengalaman dalam bidang F&B sejak saya keluar dari sekolah pada tahun 2014.Sempat bekerja sambilan di beberapa buah restoran rantaian makanan “fast food” semasa belajar di kolej di kuala lumpur.

Idea untuk membuka kafe berkonsep 2D ini tercetus semasa Ismail melawat negara Korea pada tahun 2018.Sewaktu berada di dalam kafe tersebut, mata disajikan dengan pelbagai lukisan dan membuatkan dirinya umpama berada di dalam dunia komik. Maka tercetusnya idea untuk membuka kafe 2D di Malaysia memandangkan di sini masih tiada kafe berkonsepkan sedemikian dan dia ingin memberi kelainan suasana buat pengunjung.

Kafe 2D Umpama Dalam Cerita Komik ,Unik Beri Kelainan Suasana Buat Pengunjung

Dekorasi kedai merupakan idea saya sendiri di mana saya menggabungkan beberapa lukisan yang di ambil dari Internet mengikut suasana yang diinginkan sebelum menyerahkan lukisan tersebut kepada pelukis.

Kafe 2D Umpama Dalam Cerita Komik ,Unik Beri Kelainan Suasana Buat Pengunjung

Menu ditawarkan
Movilion Coffee House memulakan operasi pada Februari 2021 di Kubang Kerian, Kelantan .Bermula dari kiosk kecil dan ruang makan yang terhad tidak menghalang Ismail untuk mengekalkan konsep 2 dimensi ini. Pada April 2021,berjaya membuka cawangan yang lebih besar dan selesa di Pasir Pekan, Kelantan.

IKLAN

Antara menu yang ditawarkan dan menjadi pilihan ramai adalah Aglio Olio Creamy Sauce yang menjadi signature dish di kafe ini. Manakala cheesecake ice-cream dan yogurt ice cream menjadi pilihan ramai di kalangan anak muda.

Kafe 2D Umpama Dalam Cerita Komik ,Unik Beri Kelainan Suasana Buat Pengunjung

Kafe 2D Umpama Dalam Cerita Komik ,Unik Beri Kelainan Suasana Buat Pengunjung

Selain itu terdapat juga makanan dan minuman barat lainnya seperti Chicken Grill dan pasta yang pelbagai variasi. Kafe ini juga membawa keseimbangan makanan barat dan timur di mana ada menyediakan hidangan berasaskan nasi sebagai contoh ayam panggang telur masin dihidangkan bersama nasi.

Kafe 2D Umpama Dalam Cerita Komik ,Unik Beri Kelainan Suasana Buat Pengunjung
Selain Aglio Olio Creamy Sauce yang menjadi jualan terlaris, icecream juga laris di jual di kalangan pengunjung. Minuman Belgium Chocolate Chip juga menjadi pilihan ramai di kalangan pengunjung.

IKLAN

Kafe 2D Umpama Dalam Cerita Komik ,Unik Beri Kelainan Suasana Buat Pengunjung

Kafe 2D Umpama Dalam Cerita Komik ,Unik Beri Kelainan Suasana Buat Pengunjung

Kafe 2D Umpama Dalam Cerita Komik ,Unik Beri Kelainan Suasana Buat Pengunjung

Kafe 2D Umpama Dalam Cerita Komik ,Unik Beri Kelainan Suasana Buat Pengunjung

Buat masa ini kafe ini mempunyai dua cawangan iaitu di Kubang Kerian dan Pasir Pekan. Tambah Ismail, jika ada rezeki, bakal menambah cawangan di masa akan datang.

IKLAN

Kafe 2D Umpama Dalam Cerita Komik ,Unik Beri Kelainan Suasana Buat Pengunjung

Red Velvet Ice Cream Float Berwajah Bendera Malaysia Enak Dengan Rasa Super Creamy

Himpunan Resipi Menarik Dessert Buat Peminat Coklat

Sedapnya Ais Krim Vanila Coklat Homemade, Puas Makan Penuhi Citarasa

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI