Rasai pengalaman menarik dalam menyediakan makanan sihat untuk keluarga dengan menggunakan COSORI Air Fryer yang terbaharu!
Ikan talapia masak dengan cantik dengan menggunakan COSORI Dual Blazer
Didatangkan dengan dua model, Premium Smart Air Fryers (5.5L) dan juga Dual Blazer (6.4L), produk yang menjadi nombor satu di Amerika Syarikat ini, menggunakan teknologi Thermo IQ yang menjadikan kawalan suhu lebih tepat dan dilengkapi dengan skrin sentuh LED.
Ads
Chef Sherson Lian menunjukkan demo masakan ringkas menggunakan COSORI Dual Blazer, pada majlis pelancaran di Mont Kiara.
Selain tidak membuatkan dapur berkecah dan berminyak, COSORI Air Fryer ini boleh dikawal secara pintar iaitu dengan memuat turun aplikasi Vesync dan diaktifkan menggunakan suara melalui Google Assintant.
Ads
Sayuran seperti terung ini masak dengan cantik dan nampak menyelerakan.
Nah, menariknya, COSORI Air Fryer ini boleh muat untuk memasak satu ekor ayam yang seberat 2.27kg! Tak perlu lagi untuk memotong secara bahagian dan mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan.
Menurut Pengarah Cosori Asia Tenggara, Oscar Mei, mereka mahukan pengguna yang menggunakan COSORI Air Fryer merasai setiap pengalaman memasak seperti profesional walaupun sibuk dengan urusan seharian di pejabat.
Ads
Chef Sherson Lian bersama tetamu VIP yang lain selepas majlis pelancaran di Mont Kiara.
Istimewa buat rakyat Malaysia,COSORI Premium 5.5-Litre Air Fryer (model:CP158) dijual dengan harga RM449 (harga biasa: RM499) dan COSORI Dual Blazer 6.4L Smart Air Fryer (model: CAF-P583S) dengan harga RM699 (harga biasa RM809).
Tawaran menarik ini sah sehingga 31 Julai 2022. Untuk maklumat lanjut, boleh layari COSORI Official Website atau Facebook COSORI Malaysia.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sempena bulan yang mulia Ini, walaupun tiada bufet Ramadan diadakan namun Hotel Maya menawarkan menu tradisional untuk pelanggan yang ingin merindui masakan sebegini
Chef Hasbullah bersama teamnya bersedia menyediakan menu tradisi ini untuk dinikmati bersama keluarga. Menu ini bakal mengubat kerinduan anda buat keluarga yang jauh terutama di kala perintah kawalan pergerakan yang tidak membenarkan masyarakat pulang ke kampung.
Chef Hasbullah juga terkenal dengan kepakarannya memasak hidangan Melayu seperti Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Nasi Kerabu, Soto Ayam dan sebagainya.
Pelanggan boleh memilih seleksi set makanan lengkap dengan buah kurma. Jika tidak mahu menu set, boleh juga memilih menu ala carte dengan pilihan makanan tempatan. barat, serta Jepun. Antara Chef signature menu ia ialah Salmon Teriyaki dan Cantonese ‘mi Ying Yong’ .
Bagi yang mementingkan diet dan kesihatan usah risau. Ada seleksi salad, makanan bebas gula dan vegan. Tidak lengkap makan tanpa pemanis mulut. Boleh nikmati waffle homemade, Chinese pancake with lotus paste atau pun Bubur Pulut Hitam. Begitu juga boleh pilih hidangan minuman yang disukai.
Menu Buka Puasa ini sedia untuk penghantaran bermula 5 hingga 23 Mei 2020 dan menu ala carte dari 5 Mei hingga seterusnya.
Tempahan boleh dibuat melalui Storehub atau hotelmayakl.beepit.com. Pelanggan boleh nikmati 10%store cash back untuk tempahan makanan di masa akan datang. Tertakluk hanya item makanan yang ditempah dari Hotel Maya KL.
Penghantaran percuma hanya untuk mereka yang berbelanja RM60 sekitar radius perjalanan 5km dan RM80 sekitar radius perjalanan 10km. Harga ini tidak termasuk prevailing tax.
Buat yang merindui masakan tradisi bolehlah membuat tempahan dan menikmatinya bersama keluarga.
Khabar pemergian Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali menghadap Ilahi awal pagi hari ini membuatkan ramai terkejut. Berita sedih buat kami.
Beliau amat dekat di hati kami karyawan Majalah Rasa kerana dahulu ketika di bawah Grup Majalah Karangkraf dia adalah antara ketua yang menjadi rujukan kami. Malah setelah tidak lagi sebumbung, beliau tetap bertanya khabar, mengambil tahu tentang kami.
Berita pemergiannya telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dalam Twitter beliau. Menurutnya, setakat jam 7.08 pagi, jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Semoga sahabatku Dtk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebuah bintang.
“Semoga sahabatku Datuk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebuah bintang,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya.
Berusia 66 tahun, berpengalaman lebih 47 tahun dalam bidang penulisan dan kewartawanan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Beliau juga ialah Profesor Adjung di Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.
Tulisannya Sangat Digemari
Kehebatannya dalam bidang penulisan sememangnya tidak perlu dipertikaikan. Professionalismenya dalam profesion ini sangat disanjung, dihormati dan disegani. Tulisannya sentiasa mampu ‘menangkap’ perhatian. Dari isu politik, ekonomi, kemasyaraktan hinggalah kepada penulisan santai yang ringan, mesej yang disampaikan sangat tajam, padat dan tepat. Malah dalam penulisan yang lucu juga pasti terselit sindiran penuh pengajaran. Tidak keras , tidak menimbulkan amarah.
Lalu tidak hairanlah tulisannya sentiasa dinantikan. Cerita tentang kisah keluarga di Majalah Keluarga membuatkan ramai pembaca tidak sabar untuk menunggu untuk kisah bulan hadapannya. Belum lagi kisah pengantin baru dalam kolum yang dikendalikannya di Majalah Pesona Pengantin. Pasti membuatkan pengantin baru dan pengantin lama tersipu-sipu dan senyum sendirian. Malah sering kami yang membaca beramai-ramai berderai tawa kerana baris ayat yang dicoret sentiasa mencuit hati.
Koleksi Buku Tentang Kehidupan & Motivasi
Dalam kesibukan tugasnya, beliau juga sempat menghasilkan beberapa buku tentang kehidupan dan motivasi. Juga dari koleksi artikel yang disiarkan dalam kolum khasnya di beberapa majalah. Antara buku-buku tulisannya adalah Asam, Garam, Kopi & Gula. Kopi O Tanpa Gula, Teh Tarik Kurang Manis dan Dari Menara KL serta Asam Pedas Sirap Bandung,sebuah buku motivasi.
Melihat buku-bukunya, nama-nama makanan menjadi tajuk yang menarik. Ya itulah kehidupan. Ibarat makanan yang kita ambil saban hari. Setiap rasa ada cerita dan kisahnya. Pendekatan mudah ini nyata mudah diterima oleh pembaca.
Beliau juga sangat dekat dihati setiap kakitangan di Karangkraf. Seorang ketua, mentor dan sifu yang sangat disenangi. Sangat disayangi. Yang sentiasa punya jawapan dan jalan penyelesaian dalam setiap masalah terutama dalam penulisan. Ideanya sentiasa mencurah, nasihat dan ceritanya pasti membuatkan ramai kakitangan merasa sangat selesa kala berbicara dengannya.
Setiap kakitangan disapa dengan mesra. Bertanya khabar bukan sahaja tentang kerja, malah tentang kehidupan dan keluarga juga. Sambil pasti memberi nasihat dan ingatan. Pasti selalu dalam berbicara akan juga diingatkan kami, agar selalu jaga ibu ayah, jaga keluarga, jaga isteri, jaga suami , jaga anak-anak. Jasa dan budi baiknya akan sentiasan kami hargai. Kebaikan, nasihat dan perkongsian ilmunya akan tetap kami kenang.
Doa kami semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. – Ida Abd Aziz – Editor Pengurusan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Daging Goreng Butter Bawang Putih yang beraroma, pedas dan juicy ini memang padu! Ikuti resipi lengkap beserta tip supaya daging kekal lembut dan confirm bertambah nasi.