Jom Masak Kuah Hitam, Pemilik Restoran Nasi Kandar Sendiri Yang Kongsi Resipi

Share

Kalau makan nasi kandar, seakan tidak lengkap makan nasi kandar tanpa kuah hitam. Kuah Hitam di restoran nasi kandar memang sedap. Boleh sahaja kita buat sendiri. Dapatlah makan berulang-ulang. Melalui perkongsian Kuali Kak Has, resipi kuah nasi hitam yang dikongsikan ini didapati melalui Facebook pemilik restoran nasi kandar. Bagi penggemar nasi kandar, jom kita cuba buat resipi Kuah Hitam Nasi Kandar.

RESIPI KUAH HITAM NASI KANDAR

BAHAN ASAS: Daging atau ayam

BAHAN-BAHAN:

7 batang serai – diketuk


2 tangkai daun kari
3 sudu teh jintan manis – kisar kering –BELI ONLINE
1 sudu teh jintan putih – kisar kering –BELI ONLINE
3 sudu makan serbuk cili – boleh diganti dengan cili kisar mengikut anggarannya –BELI ONLINE
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan rempah kurma-BELI ONLINE
20 biji buah kurma dibuang biji dan direbus dulu
3 labu bawang besar – dihiris
Kicap manis secukupnya
3 inci halia – dihiris dan kisar
Air asam jawa secukupnya-BELI ONLINE

CARA MEMBUAT:

1. Panaskan minyak dalam kuali.

2. Kemudian masukkan serai. Goreng sehingga naik baunya.

3. Masukkan bawang besar, tumis sehingga nampak layu dan masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih. Kacau sebati.

4. Selepas itu, masukkan serbuk cili, rempah kurma, rempah kari daging dan daun kari. Kacau dan tuang air panas tiga cawan supaya rempah dapat masak elok. Tumis lagi sehingga naik minyak.

 

 

5. Masukkan kicap manis, buah kurma, halia kisar dan air asam jawa. Kacau dan perasakan dengan garam secukup rasa. Tambahlah sikit apa yang kurang. Misalnya kalau kurang manis boleh ditambah sedikit gula. Kurang masin tambah sedikit garam.

 

 

 

 

6. Akhir sekali masukkan daging atau lauk apa yang dipilih. Masak sehingga empuk.

 

 

7. Siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas memang terbaik!

Sumber kredit: Kuali Kak Has

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN