Jom Buat Sendiri! Resipi Dumpling Homemade Sangat Sedap.

Share

Sedapnya Dumpling homemade perkongsian Mama Shida ni. Persis dumpling yang dijual di kedai. Rupanya menu ni boleh dihasilkan sendiri di rumah sebab sangat mudah. Bahan-bahan pun ringkas sahaja. Lepas ni bolehlah cuba ya. Sesuai untuk minum petang dan juga makan malam.

CARA-CARA BUAT DUMPLING HOMEMADE YANG SANGAT SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket kulit dumpling segera bentuk bulat – bei di pasaraya

BAHAN INTI:

  • 1 keping dada ayam – kisar
  • 1 cawan isi udang – kisar
  • Daun bawang secukupnya – hiris
  • Daun ketumbar secukupnya – hiris
  • Sedikit lobak merah – cincang halus
  • 3 biji cendawan shiitake – cincang halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan lada sulah
  • 2-3 sudu makan tepung ubi
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Campurkan ayam kisar, udang kisar, daun bawang, daun ketumbar, lobak merah dan cendawan shiitake ke dalam mangkuk. Gaul rata.

2. Kemudian masukkan sos tiram, minyak bijan dan sos ikan. Gaul lagi hingga sebati.

3. Jika kurang masin, boleh tambah sedikit garam dan gula secukup rasa.

4. Tambahkan tepung ubi dan serbuk lada sulah. Adun sebati.

5. Ambil sekeping kulit dumpling, isi inti di tengah.

6. Sapu bancuhan tepung ubi di sekeliling dumpling dan lipat dua (seperti lipatan karipap). Tekan-tekan dan kemaskan.

7. Cantumkan kedua-dua bahagian hujung dumpling supaya membentuk bulat seperti dalam gambar.

8. Kukus dumpling selama 10 minit. Angkat dan boleh dinikmati.

9. Jika suka, dumpling tadi setelah kukus, boleh goreng hingga garing. Nikmati bersama sos kegemaran.

Kredit resipi & foto: Shida Yasin

JANGAN LUPA CUBA JUGA RESIPI DI BAWAH NI:

IKLAN