Jom Buat Sendiri Aiskrim Coklat Van Houten Homemade

Share

 

Buat sendiri aiskrim homemade untuk kudapan seisi keluarga. Kita boleh pantau bahan-bahannya terutama gula. Kalau rasa nak kurangkan gula pun OK. Tidaklah manis sangat kan? RASA kongsikan resipinya untuk anda semua.

AISKRIM COKLAT VAN HOUTEN

Bahan-bahan
• 1 tin susu cair
• 2 sudu besar susu pekat
• 1 penutup esen vanila
• 1 sudu besar ovalet
• 1 senduk serbuk koko Van Houten

Cara membuat


1. Kisar semua bahan selama 5 minit menggunakan blender atau mixer.
2. Masukkan bahan dalam bekas plastik atau bekas aiskrim.
3. Letak dalam tempat pembeku semalaman. Kalau nak aiskrim yang tidak keras sangat, bekukan selama 5 jam.

Selamat mencuba!

Resipi oleh Azarimah Ismail dari Telegram KakiMakan 

IKLAN