Jom Buat Roti Jala Aiskrim Viral. Pasti Anak-Anak Suka

Share

Sekarang ini, musim demam roti jala. Pelbagai corak, warna dan juga rekaan yang timbul sehinggakan begitu meriah apabila juadah roti jala diletakkan dalam bekas.

Sangat mudah untuk membuatnya. Perkongsian daripada Nor Al Fatihah ini diharapkan dapat membantu mak-mak di luar sana menceriakan anak-anak.

ROTI JALA AISKRIM PADDLE POP

BAHAN-BAHAN ROTI JALA:

3 cawan tepung gandum – beli online di sini 
1 sudu teh garam halus
1 biji telur gred B
3 sudu besar minyak masak – beli online di sini 


½ cawan susu cair/santan – beli online di sini 
2 ½ cawan air
Pewarna pink, biru, kuning & oren
Manik warna (optional)
Botol roti jala muncung 3

CARA-CARA:

1. Satukan semua bahan di dalam bekas adunan. Kacau sebati dan kisar hingga halus
2. Bahagikan kepada 4 bahagian dan campur pewarna setiap satu. Masukkan semua ke dalam botol roti jala muncung 3.


3. Jalakan adunan pink dulu di atas non stick pan menggunakan api kecil. Bila sudah kering dalam 30 saat, angkat, tak payah diterbalikkan dan gulung. Cubit-cubit menjadi ketulan-ketulan kecil.


*Buat cara yang sama untuk warna kuning dan biru.
4. Jalakan adunan oren pula sebagai kon aiskrim. Jalakan melintang panjang dulu, kemudian menegak.


5. Bentangkan roti jala oren. Letak beberapa biji roti jala pink, biru dan kuning di atasnya. Balut dengan roti jala oren tadi hingga kemas.


6. Tabur manik warna di atas aiskrim. Kalau tak nak letak pun boleh saja. Hanya untuk hiasan dan untuk cantikkan lagi.

BAHAN KUAH MANIS:

1 cawan santan pekat – beli online di sini 
1 cawan air
1 biji telur
1 keping gula melaka – beli online di sini 
2-3 sudu besar gula pasir – beli online di sini 
Secubit garam
1 sudu besar tepung beras – beli online di sini 

CARA-CARA:

Satukan semua bahan di dalam periuk. Kacau dulu baru buka api. Masak dan kacau sentiasa di atas api sederhana hingga kuah pekat. Hidangkan roti jala bersama kuah manis

Kredit resipi & foto: Nor Al Fatihah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN