Jom Buat! Resipi Mulberry Yogurt Butter Cake Yang Sangat Sedap

Share

Anda suka makan kek? Jom cuba buat Mulberry Yogurt Butter Cake yang sangat sedap ni. Nampak ringkas je tapi teksturnya yang gebu membuatkan ramai yang teringin nak merasa. Saudara Mohammad Muammar ada kongsikan resipi. Jom kita mula.

 

RESIPI MULBERRY YOGURT BUTTER CAKE

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm tepung naik sendiri (kalau guna tepung gandum biasa, guna sukatan tepung gandum 300gm + 1 1/2 sudu teh baking powder) beli online disini
  • 280gm gula beli online disini
  • 6 biji telur – asingkan putih dan kuning
  • 350gm mentega atau marjerin atau campuran mentega & marjerin beli online disini
  • 100ml yogurt (boleh juga guna 100ml susu tin cair + 1 sudu makan jus lemon. Biarkan 10 minit untuk susu jadi Buttermilk)
  • Parutan kulit oren dari 1 biji oren
  • 3 cawan mulberry beku

 

CARA MEMASAK:

1.Pukul putih telur sampai jadi meringue/stiff peak. Ketepikan.

2.Pukul mentega /marjerin dengan gula hingga kembang guna medium speed.

3.Masuk kuning telur sebiji demi sebiji. Pukul kembang dan rata juga menggunakan medium speed.

4.Masuk tepung selang seli dengan yogurt/buttermilk. Pukul sebati.

5.Ambil 1/3 meringue tadi, masuk ke dalam adunan. Kaup balikkan hingga sebati.

6.Kemudian masukkan baki meringue tadi. Kaup balikkan lagi.

7.Masukkan parutan kulit oren dan juga mulberry. Gaul sebati.

8.Tuang adunan dalam loyang empat segi bersaiz 9×9.

9.Bakar pada suhu 170c guna api atas bawah selama 45 minit (ikut ketuhar masing-masing). Letak loyang di rak paling bawah.

NOTA: Kalau guna loyang 8×8, boleh guna 2/3 sukatan resepi.

 

 

Kredit resipi & foto: Mohammad Muammar

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

IKLAN