Jom Buat Piza Sendiri, Gebu dan Mewah Topping

Share

Buat sendiri piza di rumah, kita boleh letak apa-apa sahaja bahan sebagai topping. Boleh juga letak seberapa banyak keju yang kita suka. Memang berbaloi buat sendiri piza di rumah.

Pun begitu, kena lihat juga resipinya supaya kegebuan piza itu menjadi sangat cantik dan sedap dimakan.

Jom kita lihat resipi yang dikongsikan oleh seorang ahli kumpulan facebook Rasa Share Resipi, Ieda Jahaya ini.

PIZA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung high protein
1/2 peket yis
1/2 cawan air suam
1 sudu besar gula kastor
2 sudu kecil susu pekat manis
1 biji telur ayam
2 sudu besar marjerin atau mentega

CARA MEMBUAT
1. Dengan menggunakan breadmaker, masukkan semua dalam breadmaker tersebut. Jika tiada breadmaker, masukkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ketika menguli, jika terasa kering, tambah air secukupnya.
3. Perap sehingga doh menjadi kembang.
4. Keluarkan doh. Canaikan mengikut bentuk piza yang anda inginkan. Ketebalannya juga boleh mengikut cita rasa anda.
5. Letakkan doh yang telah dicanai ke atas loyang. Cucuk dengann garpu supaya angin keluar. Jom sediakan bahan topping.

BAHAN TOPPING
Sos pasta secukupnya
Bebola ayam atau daging (hiris nipis)
Sayur pilihan (cendawan, lada benggala, nanas)
Keju pilihan
Mayones dan sos

CARA MEMBUAT
1. Atas doh, sapukan sos pasta secukupnya.
2. Susun bebola ayam atau daging.
3. Letakkan sayur pilihan.
4. Taburkan keju.


5. Letakkan mayones dan sos.
6. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selsius. Bakar selama 30 minit.

Beginilah hasilnya.
Gebu betul!

Selamat mencuba!

Sumber: Ieda Jahaya melalui Rasa Share Resipi

IKLAN