Pau yang berkilat dan intinya yang mewah menjadikan pau lebih sedap dan berselera untuk dinikmati. Tidak banyak pau yang dijual di luar sana diletakkan inti banyak kerana melibatkan kos. Namun jika kita buat sendiri, bolehlah letak inti banyak sikit demi kepuasan ketika makan.

Jom kita lihat resipinya.

PAU GEBU INTI KELAPA MANIS

Jom Buat Pau Gebu Inti Kelapa Manis, Puas Hati Makan Pau Inti Banyak!

BAHAN INTI
1/2 cawan gula melaka
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan air
2 helai daun pandan
1/4sk garam
1 cawan kelapa parut putih
1 sudu kecil tepung gandum

IKLAN
Jom Buat Pau Gebu Inti Kelapa Manis, Puas Hati Makan Pau Inti Banyak!
Inti kelapa manis.

CARA MEMBUAT INTI
1. Dalam kuali, masukkan gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan. Masak sehingga ketulan gula larut dan menjadi likat.
2. Masukkan garam. Kacau lagi.
3. Masukkan kelapa parut. Biarkan sebati. Kacau selalu.
4. Tambahkan tepung gandum. Tujuannya supaya inti tu melekat-lekat dan tidak berderai.
5. Siap memasak, masukkan ke dalam mangkuk dan biarkan sejuk.
6. Jom buat doh pau pula.

BAHAN DOH PAU
130 ml air sejuk
2 sudu besar gula kastor
1/2 sudu kecil garam
260 gram tepung pau
1 sudu besar shortening
1 sudu kecil yis
1/2sk serbuk penaik

CARA MEMBUAT DOH PAU
1. Dalam breadmaker, masukkan air sejuk, gula kastor, garam, tepung pau, shortening, yis dan serbuk penaik.
2. Mulakan menguli selama 30 minit.
3. Rehatkan doh seketika.
4. Uli lagi selama 15 minit sehingga doh jadi elastik 70 peratus.
5. Potong dok kepada 52 gram setiap ketulan.
6. Tutupkan doh yang telah dipotong tadi supaya tidak kering terkena angin.
7. Ambil seketul dan picit-picit untuk keluarkan angin. Bentukkan bulat.
8. Buat sehingga habis doh. Kemudian rehatkan selama 10 minit dengan keadaan bertutup.

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Sementara menunggu doh direhatkan, bulat-bulatkan inti.
2. Ambil seketul doh dan masukkan inti. Bentukkan kembali membulat dengan kemas.
3. Letakkan doh yang sudah siap ada inti di atas kertas alas. Rehatkan doh selama 20 minit sebelum dikukus.

Jom Buat Pau Gebu Inti Kelapa Manis, Puas Hati Makan Pau Inti Banyak!
Doh siap di isi inti dan diletakkan atas kertas alas.

4. Kemudian, kukus selama 8 minit. Alas penutup dengan kain untuk elak air menitis atas pau.
5. Selepas dikukus, jangan terus dibuka penutupnya untuk elak pau berubah bentuk disebabkan perubahan suhu. Biarkan dulu seketika sebelum penutup dibuka.
6. Siap!

IKLAN
Jom Buat Pau Gebu Inti Kelapa Manis, Puas Hati Makan Pau Inti Banyak!
Yummy!

Selamat mencuba!

Untuk lebih detail, boleh tonton video yang disertakan.
https://youtu.be/DDnsWAZvM2s

Sumber: Nurul Jannah melalui Rasa Share Resipi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI