Jom Buat Kuih Qasidah, Kuih Tradisi Tetap Malar Hijau Sepanjang Zaman

Share

Kali ini RASA ingin bawakan resipi kuih qasidah. Kuih ini meriah dengan bawang goreng. Jadi, apabila menikmati kuih ini, terasa seperti makan hidangan berat.

Resipi dikongsikan oleh Mariana Zainal di laman facebooknya. Jom kita lihat resipi yang dikongsikannya ini.

KUIH QASIDAH

BAHAN-BAHAN
8 ulas bawang kecil (hiris nipis dan gaul dengan secubit garam)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
5 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa
3 cawan air
1/2 cawan minyak masak (untuk goreng baang)

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng bawang kecil sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam bekas besar, satukan tepung gandum, tepung jagung, gula, garam dan air.
3. Kacau sebati.
4. Masukkan adunan ini ke dalam periuk. Buka api sederhana. Kacau sehingga adunan jadi berkilat dan meletup-letup. Tutup api.
5. Masukkan adunan yang telah dimasak ini ke dalam loyang. Ratakan.
6. Letak bawang goreng tadi di atas permukaan adunan yang telah diratakan.


7. Tunggu sehingga sejuk. Barulah boleh dipotong-potong.

Selamat mencuba!

Sumber: Mariana Zainal

IKLAN