Jom Buat Kuih Lompang!

Share

Kuih lompang adalah kuih tradisional Melayu yang teksturnya lembut. Dimakan dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam dan kemudian dikukus seketika. Rasanya lemak manis apatah lagi dimakan dengan kelapa yang mempunyai rasa enak.

Jom kita lihat resipinya.

LOMPANG

BAHAN-BAHAN


1 1/2 gula merah
1/2 cawan air
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 sudu kecil air kapur
Esen pandan sikit
Garam secukup rasa
Kelapa parut
Sedikit garam

CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, masukkan gula merah dan air. Masak sehingga gula larut. Tutup api dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk, masukkan tepung beras, air, air kapur, esen pandan dan garam. Kacau semuanya sehingga sebati. Tapiskan adunan ini ke dalam jag supaya mudah untuk dituang dalam adunan.
3. Tuang adunan ke dalam acuan lompang. Susunkan acuan berisi adunan ke dalam periuk kukusan.
4. Kukus selama 15 minit. Sementara itu, jom buat kelapa parut.
5. Dalam bekas, masukkan kepala parut. Taburkan sedikit garam. Gaul rata. ketepikan.
6. Selepas siap mengukus lompang, keluarkan acuan lompang. Kukus pula kelapa parut seketika.
7. Ambil kuih lompang, keluarkan daripada acuan. Letakkan kepala parut di atas kuih lompang. Sedia dinikmati.

Selamat mencuba!

Sumber: Iedaa Jahaya

Terima kasih kerana kongsi resipi di Rasa Share Resipi

IKLAN