Jom Buat Coklat Sedap Ala Ferrero Tu, Berbaloi Untuk Anak-Anak Makan!

Share

Kanak-kanak mana yang tidak menyukali coklat yang sedap tapi mahal tu.. Pantang kalau bawak ke pasaraya ibu-ibu pasti akan melangkah laju. Jika ingin berjimat, ibu-ibu boleh ikut cara buat coklat ala ferrero ni, lebih sedap dan boleh buat stok tak perlu beli dah! Selamat mencuba.

RESIPI COKLAT ALA FERRERO ROCHER

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm butter
  • 80gm gula icing
  • 20gm qroquant/cornfleks hancur
  • 360gm tpg gandum
  • 100gm almond powder
  • 40gm tpg jagung
  • 1/2 sdt esen vanilla
  • almond nibs secukupnya (utk menyalut biskut)
  • 3 biji putih telur (utk melekatkan almond nibs dgn biskut)
  • coklat masakan secukupnya.(utk menyalut biskut)

CARA MEMASAK:

  • putar butter & gula sebati.masukkan qroquant.
  • masukkan esen vanilla.
  • masukkan tpg gandum,almond powder & tpg jagung. uli sebati.
  • panaskan oven suhu 150c.

  • bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.letakkan dlm dulang pembakar yg sudah dilengser dgn marjerin.
  • bakar suhu 150c selama 20-25 minit.

  • golekkan biskut yg telah dibakar ke dalam telur putih.kemudian golekkan di atas almond nibs.
  • bakar balik biskut lebih kurang 5 minit.

  • cairkan coklat masakan & golekkan biskut dlm coklat & masukkan ke dlm paper cup.biarkan sejuk & siap utk dihidang..

Kongsi resipi: FafaeMimie

IKLAN