Jom Buat Aiskrim Sendiri, Puas Makan

Share

 

Aiskrim lazimnya jadi pemanis mulut pada waktu petang. Lagi-lagi kalau cuaca panas terik. Makan aiskrim sedap je rasa lalu di tekak. Sejuk sikit. Nak buat aiskrim sendiri, takut tak jadi. Takut tak sedap. Ini resipi yang RASA kongsikan. Aiskrimnya lembut dan sedap. Lemak manis rasanya.

AISKRIM HOMEMADE

 

BAHAN-BAHAN
• 1 tin susu pekat
• 2 tin susu cair
• Sedikit garam
• Esen vanila
• 2 sudu besar ovelet

BAHAN LAIN
Pewarna

CARA MEMBUAT
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer. Gunakan speed paling maximum. Putar selama 20 minit.
2. Lepas 20 minit, adunan akan menjadi lebih pekat. Bahagi-bahagikan adunan dalam mangkuk.
3. Letakkan pewarna ikut suka anda.
4. Lapiskan adunan aiskrim dalam bekas.
5. Simpankan dalam freezer semalaman.

Resipi Oleh Kak Lina Kassim dari Telegram KakiMakan 

IKLAN