Makan

JERUK MANGGA ASAM BOI Rangup Krup Krap, Letak Air Soda Simpan Dalam Peti Ais Semalaman!

Share

Kalau selalu kita beli je Jeruk Mangga Asam Boi, apa kata buat sendiri je di rumah. Bukan apa boleh tahan juga harga jeruk mangga ni dalam RM10 sebekas kecil. Buat sendiri lebih berbaloi dan puas hati makan. Rupanyan ramuan rahsia untuk jadikan jeruk mangga ini rangup dan lebih sedap, jangan lupa tambahkan air aiskrim soda dan simpan dan peti sejuk semalaman.

Boleh cuba resipi Jeruk Mangga Asam Boi yang dikongsikan oleh Puan Sham Sabri ini.

“Ada tak hantu atau peminat jeruk mangga asam boi.Sis nk share resepi. Sukatan ikut sesedap rasa la ye”

JERUK MANGGA ASAM BOI KRUP KRAP

Bahan-Bahan:

2 biji mangga
5 – 6 biji cili api ( bole dikurang/ ditambah)
3 – 4 sudu makan gula pasir
5 biji asam boi
1/4 cawan air ais krim soda (nak buh lebih pun boleh)

Cara Membuat:

1. Kupas mangga, potong atau hiris memanjang.

2. Kemudian basuh dan toskan.

3. Hiris cili padi. (ikut kepedasan masing-masing).

4. Masukkan ke dalam balang/bekas.

5. Campurkan semua bahan-bahan lain. Gula, cili api, asam boi dan ais krim soda.

Siap!
Simpan dalam peti ais semalaman.Hasilnya jeruk mangga yang rangup gitu.

Selamat Mencuba!

RASA: Rupanya kena letak air aiskrim soda bila buat jeruk ni.Sedapnya, dah terasa masam, manis, pedas dan kerangupan jeruk mangga ni.

Sumber: Sham Sabri 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Published by
Suhaidah Abd Wahab