Jeruk Daging Guna Dua Bahan Je, Sesuai Dimakan Waktu Sahur

Share

Jeruk daging guna dua bahan je. Wow! Mudahnya kan? Jeruk daging ni macam ikan pekasam juga. Cuma ia tak menggunakan beras goreng macam pekasam.

Memang memukau selera sesiapa saja bila dimakan dengan nasi putih panas-panas. Pernah buat sendiri?

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Ctie Zubaidah ini ye. Mudah sangat. Guna dua bahan je!

Jeruk Daging Guna Dua Bahan

Bahan-bahan:

1kg Daging (bersihkan)

15-20 biji limau kasturi (yang penting nak airnya banyak)

Untuk Menggoreng:

Hirisan cili besar merah – boleh beli online di sini

Sedikit serbuk perasa

Hirisan cili besar hijau 

Sedikit daun bawang (hiris)

Hirisan bawang merah – boleh beli online di sini

Sedikit garam – boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Membuat:

Daging dipotong nipis. Limau kasturi diperah air dan diracik.

Masukkan daging ke dalam satu bekas, kemudian diselang seli dengan air limau sampai ada lebihan air limau di bahagian atas. Resipi ini tak menggunakan garam tapi ada orang yang guna. Terpulang pada selera.

Setelah itu, tutup bekas itu ketat-ketat dan perap selama tig hari dalam chiller. Selepas 3 hari boleh letak freezer. Namun, selepas dua hari dah boleh goreng.

Untuk menggoreng daging, panaskan minyak dan masukkan daging. Kemudian masukkan bahan lain seperti cili dan bawang. Setelah itu perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Tambah hirisan daun bawang. Gaul sekata.

Waktu ini boleh bubuh garam sebab waktu peram tak letak garam.

Dah masak, angkat. Siap. Kalau bulan puasa, ini antara hidangan paling sedap makan sahur.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN