Jemput-jemput Nasi Jejari Ketam. Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Share

Jemput-jemput nasi jejari ketam. Teksturnya rangup di luar tapi lembut di dalam. Memang sedap sangat. 

Simple dan mudah dimasak. Kalau ada lebihan nasi, bolehlah masak jemput-jemput ini. Sesuai dimasak untuk sarapan, minum petang atau kudapan ketika menonton TV pada waktu malam. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Aisyah Humaira

ini ye. Selamat mencuba!

Jemput-jemput Nasi Jejari Ketam

Bahan-Bahan:

2 cawan nasi

Dua cawan air

2 1/2 cawan kecil tepung gandum – boleh beli online di sini

15 batang crabsticks/jejari ketam (potong kecil) – boleh beli online di sini

Daun kucai secukupnya di hiris halus

Sedikit garam – boleh beli online di sini

Serbuk cukup rasa

Minyak untuk mengoreng – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Mula-mula, kisar nasi bersama air hingga lumat dan sebati.

Masukkan tepung gandum ke dalam bekas, bahan kisar dan semua bahan berbaki satu persatu.

Lalu kacau sebati. Adunan haruslah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak keperangan. Angkat dan toskan.

Siap. Cicah dengan sos. Mantap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN