Jejari Roti Bersalut Tepung, Mudah Buat Hanya Guna 2 Bahan Ini Je

Share

Idea untuk minum petang kali ini sangat mudah. Kalau ada roti dah nak tamat tempoh tapi masih banyak, boleh cuba resipi ini.

Teksturnya rangup memang berselera makan. Bukan setakat anak yang ralit makan, sesiapa jua yang makan pasti susah nak berhenti. Hanya guna dua bahan sahaja kemudian digoreng rangup.Sangat sedap dicicah bersama sos cili.

 

Jejari Roti Salut Tepung Bestari

Bahan-bahan:

Roti Buku ( jenama apa pun boleh)

Tepung bestari (spicy atau original pun boleh)

Cara membuat:

1.Potong roti bentuk jejari. Ikut nak panjang mana. Buat sederhana besar supaya mudah anak-anak nak makan.

2.Masukkan sedikit tepung bestari ke dalam mangkuk. Tuang sedikit air dan bancuh sampai sebati.Jangan terlalu likat dan jangan terlalu cair.

3.Ambil pinggan dan tuang sedikit tepung bestari yang kering.

4.Panaskan minyak dalam kuali. Ambil roti, celupkan dalam bancuhan tepung kemudian golekkan ke dalam pinggan hingga semua bersalut.

5.Masukkan dalam kuali dan goreng sampai kekuningan. Buat sampai habis roti.

6.Bila dah bertukar warna keemasan, angkat dan toskan.

7.Hidangkan bersama sos cili dan mayonis jika suka.

Kredit: Yusreena Said Yusz

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN