Jasmine Perkenal Bihun Segera & Briyani Sedia Dimasak

Share

Jasmine Food Corporation Sdn Bhd memperkenalkan Jasmine XXL Bihun Segera dan Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals.

Dua produk baharu ini sebagai langkah pertama daripada Jasmine Food untuk mengeluarkan selain daripada beras dan bihun tradisional.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine, Lim Swee Keat, beras Jasmine menjadi makanan ruji dalam isi rumah selama 60 tahun dan mereka menawarkan produk baharu yang sesuai dengan gaya hidup pengguna.

“Jasmine XXL Bihun Segera didatangkan dengan dua perisa; Sup Ayam dan Kari Putih Pulau Pinang.

“Seperti namanya, produk ini didatangkan dalam hidangan yang lebih besar berbanding jenama lain. Satu pek sudah cukup untuk memuaskan rasa lapar anda,” katanya.

Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals didatangkan dalam satu pek dengan 400gm beras PusaCream Basmathi, pes briyani (untuk nasi) dan pilihan pes ayam masak merah atau kari ayam.

Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals ini, sesuai untuk 4-5 orang makan dan boleh siap dalam 30 minit.

Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals ini juga adalah lanjutan daripada nasi PusaCream Parboiled Basmathi yang terkenal dari Jasmine.

Kedua-dua produk baru Jasmine ini sudah berada di pasaran dan boleh didapati di kebanyakan pasar raya di Semenanjung Malaysia dan dalam talian melalui e-kedai rasmi Jasmine di Shopee dan Lazada.

Jasmine XXL Bihun Segera dijual pada harga RM8 hingga RM13, manakala Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals dijual pada harga RM28 hingga RM31.

Pada masa sama, Jasmine juga melancarkan kempen Tahun Baru Cina yang dipanggil peraduan Priceless Memories Snap & Menang yang bermula dari 21 Disember 2022 hingga 15 Februari 2023, di mana pengguna boleh memenangi hadiah-hadiah menarik berjumlah melebihi RM38,888.

Pengguna hanya perlu membeli produk Jasmine minima RM30, muat naik resit dan gambar bersama keluarga di www.priceless.com.my untuk menyertainya.

IKLAN