Jamu Selera Bersaksikan Keindahan Taman Tasik Titiwangsa

Share

Bagi anda yang mencari port makan dalam suasana yang santai, kunjungan ke Restoran White & Black Lakeside Tasik Titiwangsa pasti tidak mengecewakan. Sejak dibuka pada 15 Januari lalu, restoran ini menjadi tarikan kepada peminatnya yang inginkan suasana damai walaupun berada dalam kesibukan kota.

 

White & Black Lakeside Titiwangsa ini sememangnya menjadi pelengkap dan ruang terbaik untuk menikmati keindahan taman tasik yang terletak di tengah-tengah bandar.

 

Ketua Pegawai Eksekutif MFJ Group Holding, Mohd Firdaus Jamaluddin berkata, pembukaan restoran ni sejajar dengan perancangan pihaknya untuk memperluaskan lagi jenama tersebut.

Menurut beliau, pertambahan satu lagi cawangan itu merupakan petunjuk positif pada aliran perniagaan premis makanan tersebut walaupun perancangan tertangguh disebabkan pandemik Covid-19.

“Cawangan pertama kami berkonsepkan kabin dan kali ini kami membawa konsep pemandangan di tepi tasik dan visi dan misi saya adalah setiap cawangan restoran ini membawa konsep yang berbeza.

“Insya-Allah konsep seterusnya akan menampilkan White & Black Terminal iaitu berkonsepkan bas dan Insya-Allah saya akan bangunkannya dengan menggunakan bas yang akan dilancarkan di Negeri Sembilan,”katanya.

Pembukaan restoran itu hari ini, dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah, Yang Berbahagia Datuk Seri Jalaluddin Bin Alias.

White & Black Lakeside Tasik Titiwangsa merupakan sebuah restoran berasaskan makanan barat namun turut menampilkan menu istimewanya ‘Asam Pedas Salmon’ dengan menggunakan resipi tersendiri yang pastinya unik dan perlu dicuba oleh pelanggannya.

Menyentuh soal harga, katanya, pelanggan tidak perlu bimbang kerana restoran itu menawarkan pelbagai variasi menu bermula pada harga yang paling rendah hinggalah pada harga berpatutan.

“Sesiapa sahaja boleh datang makan di restoran berkonsepkan tasik ini yang menawarkan keadaan yang rileks dan santai. Pada mereka yang biasa makan makanan barat terutamanya boleh membezakan hidangan yang disajikan di sini.

“Pelanggan boleh melihat menu dan harganya, jadi tidak timbul tanggapan White & Black Lakeside Tasik Titiwangsa hanya untuk golongan berada sahaja, sebaliknya ia untuk semua peringkat pelanggan.

Waktu operasi bermula 10.30 pagi hingga 10.00 malam dan disebabkan permintaan tinggi pada hari Selasa hingga Jumaat orang ramai boleh membuat tempahan dahulu sama ada di Facebook White & Black Lakeside Titiwangsa KL dan Instagram White_blacktitiwangsa dan menghubungi pengurus kafe, Encik Putra.

 

IKLAN