Jamu Homemade! Ekstrak Peria Katak Boleh Kawal Kencing Manis.

Share

Selain faktor keturunan banyak faktor penyebab lain yang menyebabkan kencing manis antaranya pemakanan. Kencing manis adalah penyakit yang boleh membunuh dalam senyap selain jantung dan darah tinggi. Jamu adalah salah satu cara yang boleh kita amalkan untuk mencegah dan mengawal kencing manis.

JAMU EKSTRAK PERIA KATAK

BAHAN-BAHAN

  • Peria katak
  • Halia
  • Bawang putih
  • Epal hijau
  • Ibu Kunyit

CARA MENYEDIAKANNYA:

1. Hiris nipis-nipis semua bahan-bahan. Jemur bagi keringkan bahan.(Selain jemur boleh gunakan mesin). Sukatannya agaran sebanyak macam dalam gambar.

 

2. Kisar semua bahan yang sudah kering. Kisar kasar seperti ini boleh bancuh dengan air panas dalam satu gelas.

 

3. Boleh juga kisar halus dan masukkan ke dalam kapsul. Mudah untuk di telan.

4. Masuk bahan-bahan yang dikisar halus dalam kapsul.

 

5. Mampatkan biat betul-betul padat.

 

INFO:

  1. Peria Katak atau dalam bahasa Inggeris disebut Bitter gourd atau Bitter melon adalah sejenis sayur buah yang paling pahit di dunia.
  2. Peria katak tinggi fiber, mineral & anti-oksidan. Mempunyai Phyto-nutrient, Poplypeptide-P dan Charatin yang membantu mengawal gula dalam darah.
  3. Kebaikkan epal hijau tinggi serat, anioksidan, kaya dengan sumber mineral dan vitamin.
  4. Kelongsong kapsul boleh dibeli di farmasi.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Nur Airiz Faudzan

IKLAN