Resipi Mi Kicap Ekspress Boleh Masak Dalam Masa 15 Minit.

Share

Terasa nak makan mi? Sajian mi kicap ni paling cepat buat. Kalau anda ‘rushing’ nak ambik anak dari sekolah, kemudian nak masak lagi, nah…ini resipi yang sesuai cuba. 15 minit je dah boleh siap. Rasanya tentunya lebih sedap, kebersihan terjaga dan paling penting adalah hasil air tangan sendiri. Barulah suami dan anak-anak makin sayang. 

 

MI KICAP EKSPRESS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping mi wantan ] rebus
  • 250ml air
  • 1 paket serbuk perencah sup ayam

BAHAN A (UNTUK MINYAK BAWANG PUTIH):

  • 3 biji bawang putih ] racik halus
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN B (UNTUK SOS KICAP):

  • 3 biji bawang putih ] racik halus
  • 20ml minyak masak
  • 1cm halia ]tumbuk
  • 50ml kicap manis
  • 50ml sos tiram
  • 50ml kicap pekat
  • 50ml cili sos
  • 1 kiub pati bilis/ayam
  • 5gm lada sulah
  • Garam dan gula jika perlu

 

 CARA MEMASAK:

1. Untuk membuat mi kicap; Celur pak choy hingga lembut. Angkat dan ketepikan.

 

2. Letak mi wantan yang telah direbus terlebih dahulu ke dalam kuali atau mangkuk besar dan tuang sedikit minyak bawang putih. Untuk membuat minyak bawang putih: Panaskan minyak dalam kuali sebanyak yang anda mahu. Apabila cukup panas, tumis bawang putih kekuningan dan terbit wangi. Tutup api dan angkat. Ketepikan.

 

3. Tuangkan pula sos kicap. Untuk membuat sos kicap: Masukkan bawang putih dan halia, tumis hingga naik bau dan masukkan semua kicap, sos tiram dan cili sos dan sedikit air dan kicap pekat. Biar ia mendidih dan masukkan pati ikan bilis atau pati ayam. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu. Biar mendidih hingga kuah pekat. Biar sejuk. Ketepikan.

 

4. Masukkan sedikit perasa ayam . Gaul sebati.

 

5. Angkat dan hias dengan pak choy, ayam goreng, hirisan cili merah dan parsli. Sedia dinikmati.

 

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA RESIPI INI: 

http://www.rasa.my/nampak-meriah-bubur-nasi-manado-sesuai-untuk-apa-saja-keadaan/

IKLAN