Sesiapa yang selalu mengikuti di instagramnya pasti mengenali beliau, jika baru berjinak dengan dunia masakan beliau antara instafamous yang disebut selalu dan pengikutnya pasti tertunggu-tunggu resipi apa yang dimasaknya hari ini.
Pemilik instagram @rosehayatie_
Skill Utama Masakan Menu Kampung, Resipi Dan Tunjuk Ajar Emak Jadi Rujukan Utama
Roshayati Jamaludin 38 tahun, mengakui banyak belajar memasak daripada emaknya sendiri. Setiap kali memasak dia pasti akan menelefon emak untuk bertanyakan bahan-bahan dan cara memasak. Sekarang boleh memasak dengan hanya mengagak-agak bahan hasil bantuan emaknya selama ini.
Sebagai surirumah sepenuh masa memasak menjadi rutin harian yang seronok diilakukannya. Rosehayati akan memastikan semua ahli keluarganya makan bersama sebelum keluar dari rumah untuk meneruskan aktiviti harian. Ibu kepada dua cahaya mata ini percaya amalan ini akan mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan.
Mengakui skill memasaknya lebih kepada masakan kampung dan keluarganya sendiri memang lebih meminati menu kampung. Menu yang selalu menajadi permintaan keluarga adalah yang berkuah seperti singgang, sambal belacan, ikan goreng dan ulam-ulaman. Rosehayati sangat bersyukur kerana anak-anak tidak cerewet dalam bab makan dan mengamalkan jadual pemakanan yang lengkap.
Asalnya hanya sekadar berkongsi gambar di instagram untuk koleksi sendiri bersama ahli keluarga dan kenalan rapat. Memang pada suami tidak bersetuju dengan minatnya tetapi akhirnya suami memahami dan menetapkan syarat supaya tidak mengabaikan keluarga.
Kini Rosehayatie menjadikan instagram sebagai tempat rujukan bertukar pandangan dan idea baru untuk memasak. Menggunakan smartphone sebagai medium utama untuk mengambil gambar dan video masakannya ternyata gambar yang dihasilkan sangat cantik dan kreatif. Kini laman sosial instagramnya telah mencecah lebih 200K dan beliau sentiasa mengemas kini akaun miliknya.
Ads
1. ASAM PEDAS IKAN CENCARU
BAHAN-BAHAN:
5 ekor Ikan cencaru sederhana
7 batang bendi
1 sudu teh biji sawi
1 ikat Daun kesom
1 keping asam keping
Air asam jawa secukup rasa
Air secukup (ikut kepekatan kuah)
Garam dan secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak tumis biji sawi dan bahan kisar hingga wangi kemudian masuk Cili kisar masak sehingga Cili betul2 garing dan pecah minyak..
Ambil separuh Daun kesom masuk dalam tumisan kacau rata kemudian masuk asam keping dan Cili dah betul betul masak masukan air asam jawa,air secukupnya ikut kepekatan kuah,garam dan secukup rasa.
Kuah dah mendidih masukan Ikan dan kacang bendi..Biar mendidih seketika supaya Ikan dan kacang bendi betul2 masak..sedia untuk di hidang..
2. PAJERI TERUNG
BAHAN-BAHAN:
6 biji terung saiz sederhana | belah dua jangan putus
2 paket kecil rempah kari daging babas}bancuh dengan sedikit air
2 sb udang kering
6 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
I inci Halia | hiris
1 btg kulit kayu manis,1 kuntum bunga lawang dan 3 batang cengkih
1 paket kecil kerisik
1 mangkuk kecil santan
3 sb gula | ikut rasa agak kurang boleh tambah
Garam dan secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak tumis kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih dan bahan hiris hingga wangi dan masukan rempah kari yang dibancuh bersama air kacau rata masak sehingga rempah kari betul2 masak dan pecah minyak.
Masukan udang kering,kerisik terung dan santan didih dengan api pelahan supaya pecah minyak.
Masukan gula,garam dan secukup rasa..masak hingga kuah agak pekat sedikit..siap untuk di hidang bersama nasi putih dan lagi sedap ada ikan masin gelama..
Ads
3. KUE TEOW GORENG SOTONG
BAHAN-BAHAN:
800gm kue teow
1/2 kilo sotong
3 ulas bawang putih | kisar
3 biji bawang merah | kisar
1 senduk Cili kisar | tumis asing
2 sb sos tiram
1 sb sos cili
2 sb Kicap manis
1/2 sudu kicap pekat
Secekak Daun kucai | potong pendek (lebih kurang 1 inci)
1 cawan tauge
Minyak untuk mengoreng secukupnya
Garam secukup rasa Jika perlu
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali..tumis bahan kisar hingga naik bau..masuk Cili kisar tumis sampai Cili betul betul masak kemudian masuk sos cili,sos tiram,Kicap manis dan kicap pekat sambil kacau..
Masukan sotong kacau lagi beberap minit hingga sotong hampir masak masukan kue teow kacau lagi beberapa minit..
Masukan kucai dan tauge sambil di kaup balik sebentar..sayur separuh masak lebih rangup dan sedap..boleh di hidang bersama cili kicap..
4. AYAM MASAK SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
1/2 Ekor ayam
25 tangkai cili kering | kisar asing
1 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 inci Halia}ketuk
2 batang serai | ketuk
1 keping asam keping
2 sb Cili sos
2 sudu gula
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar | potong bulat
Ads
CARA MEMASAK:
Kisar Bawang besar dan Bawang putih..cili kering kisar asing..panaskan minyak tumis bahan kisar,halia dan serai hingga wangi kemudian masuk Cili kisar dan tumis sehingga Cili betul betul masak dan pecah minyak..
Masukan sos cili,asam keping,gula..masak sehingga mendidih dan kepekatan yang disukai
Akhir sekali masukan ayam yang telah digoreng dan Bawang besar yang dihiris gaul rata dan sedia untuk di hidangkan dengan nasi tomato dan acar jelatah
5. KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula
1/2 cawan air kapur
4 cawan air
CARA MEMASAK:
Campur semua bahan,kacau sebati,oles loyang dengan sedikit minyak masak,kemudian tapis adunan ke dalam loyang..
Didihkan air dalam periuk pengukus dan alas tutup periuk dengan kain tuala untuk elakan air menitik keatas permukaan Kuih yang di kukus nanti..
Kukus dengan api sederhana selama 30-40 minit bergantung pada saiz loyang yang di gunakan..bila dah masak,sejukan terlebih dahulu barulah dipotong
Gaul potongan Kuih kaswi ke dalam kelapa muda yang diparut beserta sedikit garam..
Sedap dimakan untuk hidangan petang..selamat mencuba..
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Cendol boleh dikatakan sebagai salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Macam-macam masakan boleh dihasilkan dari bahan ini. Anda boleh hasilkan kuih, minuman, manisan dan banyak lagi. Paling popular cendol yang dicampur dengan santan, gula melaka dan ais. Perghh..Sesuai sangatlah minum dikala musim panas ni kan. Jom kita belajar cara-cara membuat cendol homemade perkongsian dari blog Nina Mahdar.
Menurut saudari Nina Mahdar, ada tiga resipi cendol yang beliau cuba dan hasilkan, beliau lebih menggemari cendol dari resipi 1 cuma hasil cendolnya tidak begitu halus dan cantik. Tetapi rasa dan kekenyalan menepati citarasa si pemilik resipi. Resepi no 2 dan 3 pula, cendolnya kelihatan cantik dan berkilat tetapi agak lembut dan mudah patah. Anda boleh pilih resipi mana yang anda nak cuba.
RESEPI CENDOL 1 BAHAN-BAHAN:
100gm tepung jagung
500gm air pandan
1 sudu makan air abu
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan. Kacau sebati.
Masak menggunakan api perlahan sehingga adunan pekat dan kental.
Sediakan air sejuk/ais di dalam bekas besar.
Bila cendol dah masak, ceduk adunan dan tekan ke dalam acuan cendol. Boleh juga guna acuan maruku, penapis lubang besar atau masukkan ke dalam piping bag. Picit perlahan-lahan.
Picit adunan sewaktu doh masih panas kedalam bekas berisi ais. Alas tangan dengan kain.
RESEPI CENDOL 2:
BAHAN-BAHAN:
50gm tepung jagung
50gm tepung beras
450gm air pandan
1 sudu makan air kapur
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan. Kacau sebati.
Masak menggunakan api perlahan sehingga adunan pekat dan kental.
Sediakan air sejuk/ais di dalam bekas besar.
Bila cendol dah masak, ceduk adunan dan tekan ke dalam acuan cendol. Boleh juga guna acuan maruku, penapis lubang besar atau masukkan ke dalam piping bag. Picit perlahan-lahan.
Picit adunan sewaktu doh masih panas kedalam bekas berisi ais. Alas tangan dengan kain.
RESEPI CENDOL 3:
BAHAN-BAHAN:
100gm tepung beras
1 sudu makan air abu
450gm air pandan
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan. Kacau sebati.
Masak menggunakan api perlahan sehingga adunan pekat dan kental.
Sediakan air sejuk/ais di dalam bekas besar.
Bila cendol dah masak, ceduk adunan dan tekan ke dalam acuan cendol. Boleh juga guna acuan maruku, penapis lubang besar atau masukkan ke dalam piping bag. Picit perlahan-lahan.
Picit adunan sewaktu doh masih panas kedalam bekas berisi ais. Alas tangan dengan kain.
Korang mesti dah biasa makan aiskrim sundae kat restoran makanan segara, sekali makan memang rasa tak cukup. Apa lagi anak-anak , dia orang memang ni memang tak cukup satulah kalau ditanya. Jadi, apa kata korang cuba buat sendiri aiskrim ni, sebab ia senang sangat nak buat sendiri kat rumah. Takda resipi? Ini RASA sharekan di sini. Mak-mak boleh buat, gerenti anak puji.
AISKRIM SUNDAE
BAHAN-BAHAN:
50gm gula halus
100gm serbuk koko
475 ml susu cair | sejukan
1 sudu teh perasa vanilla
BAHAN SOS:
130 gm gula halus
100gm bubuk cokelat
175gm ekstrak kopi cair
1 sudu teh perasa vanilla
CARA MEMASAK:
1.Campurkan serbuk koko dan gula dalam mangkuk.
Tambahkan susu, vanila, kacau rata supaya tidak supaya tidak berketul.
Tuang ke dalam loyang 20×20 cm, bekukan. Sekurang-kurang 1jam 30 minit.
Keluarkan adonan, lalu potong dadu dan masukkan ke blender, kisar hingga lembut dan creamy.
Masukkan ke dalam plastik, tutup rapat dan bekukan lagi lebih kurang 2-3 jam.
Untuk menyediakan sosnya, campurkan gula dan serbuk koko dalam periuk kecil.
Tambahkan ekstrak kopi, masak mendidih dengan api kecil.
Seketika kemudian tutup api, Kacau rata hingga pekat.
9.Biarkan seketika baru masukkan vanilla.
Skopkan aiskrim ke dalam gelas, kemudian tuangkan sos coklat di atasnya.
Korang suka makan buruh puyuh tak? Kalau suka ini dua resipi burung puyuh yang sedap dan korang boleh cuba sebab cara memasak sangat senang dan ringkas dan paling penting hasilnya sangat sedap, gerenti anak-anak yang lapar je sepanjang cuti sekolah suka. Sekali sekala masak lauk lain dari yang lain apa salahnya kan?
BURUNG PUYUH GORENG CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
3 ekor buruh puyuh | potong kecil
5 tangkai cili kering | hiris kecil
8 tangkai cili padi | hiris kecil
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia |hiris halus
1 biji limau nipis | perah airnya
1 batang serai | hiris halus
½ batang lobak merah | potong dadu kecil
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan burung puyuh, kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit dengan sedikit garam halus. Gaul rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng burung puyuh hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan minyak, kemudian tinggalkan sedikit untuk menumis.
Masukkan bawang besar, bawang putih, halia cili kering, cili padi, lobak merah dan serai.
Setelah bau wangi, masukkan burung puyuh yang telah digoreng, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup
Perahkan limau nipis sebelum angkat dan dihidangkan panas-panas.
BURUNG PUYUH GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg burung puyuh | cuci bersih dan tos
100gm rempah kari daging
30gm rempai kari daging
30gm serbuk jintan manis
30gm serbuk ketumbar
50gm tepung jagung
20gm daun kari
1 biji telur
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN KISAR HALUS:
150gm bawang berah
40gm bawang putih
60gm halia
60gm serai
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2cm halia muda
2cm kunyit hidup
4 batang serai
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar di dalam mangkuk bersama rempah kari, serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar dan lada hitam. Gaul rata.
Kemudian masukkan burung burung puyuh di dalamnya.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
Perapkan selama dua jam. Sebalik-baiknya semalaman.
Sebelum menggoreng, pecahkan telur dan masukkan tepung jagung di dalamnya. Gaul rata.
Panaskan minyak, goreng burung puyuh.
Apabila hampir garing masukkan daun kari.
Setelah betul-betul garing, tutup api dan angkat.
Enak dihidangkan panas-panas dengan serdak rempah ratus yang garing tadi.