Inilah Cara Tanam Daun Sup Dan Ketumbar Dari Akar Betul-Betul Tumbuh Elok.

Share

Sebenarnya banyak sayur-sayuran yang boleh ditanam semula dari keratan yang dibeli pasar. Daun sup, pokok ketumbar, kangkong, lobak pelbagai lagi.

Tapi seringkali juga bila kita nak tanam semula, tiba-tiba tak menjadi. Baru tumbuh tunas sikit dan layu mati. Antaranya daun sup dan ketumbar. Mana yang dah berjaya dicambahkan pun tetap tak tahan lama. Kenapa ek?

Sebenarnya, pokok ketumbar/sup  alah pada air. Hanya bahagian akarnya sahaja perlu bersentuhan dengan air. Tapi ramai yang rendam sampai pangkal batang dahan. Ini menyebabkan bahagian yang terendam rosak.

Jika anda masih merancang untuk menanam pokok ketumbar dari keratan yang di beli di pasar. Cuba ikut langkah ini seperti yang dikongsikan dalam laman semuajdt.com

Tinggalkan batang daun ketumbar 1.5 inci dari akar dan pucuk-pucuk yang masih muda

Rendam bahagian akar sahaja di dalam air

Keesokan petangnya, bila dahan yang ditinggalkan dah nampak sihat, boleh dipindahkan ke tanah. Gunakan medium yang bercampur dengan pasir sedikit dan proses pemindahan sebaiknya dilakukan di waktu petang.

Tanam bahagian akar daun ketumbar sahaja. Kebiasaannya ramai yang tanam sampai tenggelam batang. Ini yang menyebabkan pokok ketumbar pada awalnya hidup namun tak tahan lama kerana pangkal batang yang tertanam menjadi basah.

Sumber teks dan foto : semuanyajdt.com

IKLAN