Ini Resipi Rahsia Bubur Lambuk Terengganu Terlajak Sedap!

Share

Bubur lambuk ada pelbagai resipi dan versi. Setiap negeri ada rasa yang berbeza. Pada penggemarnya, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasai keenakan bubur lambuk Terengganu.

Rasanya berlemak seperti kuah laksam. Lagi banyak sayur, lebih sedap. Ia juga antara salah satu juadah wajib ketika bulan Ramadan.  Ikuti perkongsian resipi bubur lambuk Terengganu terlajak sedap oleh Puan Zie Aisyah Humaira.                                                                                                                          BAHAN-BAHAN:

6 ekor ikan selayang (dicuci bersih)

1 cawan kecil santan (optional

) – Boleh beli online di sini

2 inci halia (diketuk)

1 ½ cawan kecil beras – Boleh beli online di sini

3 sudu besar kerisik – Boleh beli online di sini

Garam, gula, dan perasa secukupnya

Air secukupnya mengikut kadar cair atau pekat bubur yang disukai

BAHAN KISAR:

3 biji bawang besar

5 biji bawang merah – Boleh beli online di sini

3 ulas bawang putih

3 sudu besar lada hitam – Boleh beli online di sini

BAHAN DAUN:

Pucuk paku

Pucuk ubi kayu

Daun kaduk

Daun kesum – Boleh beli online di sini

Pucuk manis

CARA MEMASAK:

  1. Mulakan dengan memasak beras hingga menjadi bubur.

2. Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit garam hingga masak dan ambil isi ikan sahaja. Kemudian, kisar hingga hancur.

3. Beras dah lembut seperti bubur, boleh lah masukkan semua bahan kisar dan halia yang diketuk.

4. Tambahkan pula ikan yang dikisar halus. Kacau rata.

5. Selepas itu, masukkan semua bahan berbaki satu persatu sambil kacau hingga sebati.

6. Masak hingga mendidih. Kemudian, boleh lah rasa. Jika cukup lemaknya, masinnya, sayur pun dah layu, maknanya bubur lambuk dah siap untuk dihidangkan.

7. Dah siap! Bubur lambuk Terengganu sedia untuk dinikmati.

Kredit: Aisyah Humaira

IG: @ilmupercuma

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN