Ini Resipi Kuih Lopes Yang Sedap & Mudah, Hanya Tekap Guna Cawan

Share

Diperbuat daripada beras pulut, kuih lopes memang enak bila dimakan bersama gula melaka yang sudah dicairkan. Boleh cuba buat sendiri di rumah, makan beramai-ramai bersama keluarga tercinta. Lebih puas hati bila buat sendiri. Jom kita cuba resipi kuih lopes yang dikongsi oleh Puan Sally Aqua.

RESIPI KUIH LOPES

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan beras pulut
  • 2.5 cawan air
  • Pewarna hijau daun pandan
  • Satu sudu minyak masak
  • Sedikit garam
  • 6 sudu gula merah
  • 2 sudu gula putih
  • Kelapa parut untuk menggaul pulut

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Masukkan beras pulut ke dalam periuk. Jika anda mahu gunakan beras pulut susu pun boleh. Tambahkan air dan letakkan pewarna hijau.

 

2. Kacau sebati dan masukkan daun pandan untuk bagi wangi.

 

3. Kemudian, masukkan minyak dan tanak bagi lembik sedikit.

 

4. Tanak sampai masak elok.

 

5. Kemudian, sediakan air gula. Masukkan gula merah dan gula putih ke dalam periuk.

 

6. Panaskan api dan masak sampai pekat.

 

7. Seterusnya, sediakan kelapa parut.

 

8. Bila pulut dah suam,  letak dalam bekas atau Tupperware dan tekan pulut sehingga mampat.

 

9. Kemudian, ambil cawan plastik dan tekapkan ke atas pulut tersebut.

 

10. Angkat dan gaulkan bersama kelapa.

 

11. Siap! Bolehlah nikmati bersama air gula.

Anda sedang mencari ELECTRIC PRESSURE COOKER? Boleh klik DISINI.

KREDIT RESIPI & FOTO: SALLY AQUA

ARTIKEL MENARIK: Cara Buat Burger Malaysia Yang Lembut & Sedap

RESIPI LAIN YANG BOLEH ANDA CUBA:

IKLAN